#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Selasa, 14 September 2010

Tips : Cara Shoot Baby 1

Assalamualaikum semua.. setelah sekian lama tak update blog akhirnya baru saya ada sedikit kesempatan untuk update blog ni. Emm.. apapun terlebih dahulu saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri :) . Pada hari raya baru2 ni saya sempat ambik gambar saudara baru saya iaitu baby.. hehe.. seperti yang semua tahu saya memang suka ambik gambar baby sebab dia sangat cute :) ni adalah gambar baby tu :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips!!! :)
- Untuk angle yang dramatik saya sarankan shoot baby dari angle atas seperti dalam gambar di atas kerana pada angle ini background adalah kaki, baju, seluar, dan lantai jadi tidak perlu nak peningkan kepala nak elakkan background yang terlalu crowded seperti persekitaran rumah. Dan pada angle ini jugak tiada foreground kerana objek yang paling hampir dengan lens adalah subjek. Jadi gambar lebih simple dan maksud gambar dapat disampaikan dengan mudah.

- saya cadangkan anda gunakan aperture sebesar mungkin supaya hanya elemen utama subjek sharp supaya mesej gambar dapat disampaikan dengan lebih jelas. Yup!! subjek adalah baby tapi main subjek yang menentukan portrait adalah mata.. Jadi pastikan mata tu sharp dan elemen lain slowly out of focus tanpa terlalu banyak blur sehingga tak ada ciri - ciri asas seperti kaki dan tangan. Tapi apa salahnya kan? So ikut suka anda la.. saya rekemen guna f/2.2 sbg aperture maksimum lens 50mm f/1.8 sbb pada aperture tu sharpness gambar tak terlalu teruk dan background blur masih superb :) .. tapi untuk lebih mood anda boleh try f/1.8 :)

- kalau anda perasan saya guna picture control Neutral dan boost saturation ke +1.. tujuan saya guna Neutral adalah utk elakkan kontras terlalu tinggi dan bagi mood lembut iaitu objek berwarna cerah tak terlalu saturate dengan cahaya persekitrannya. Maksud saya kulit bayi yang cerah tu tak terlalu pekat warnanya. Dan saya boostkan saturation tu kepada +1 supaya warna bajunya menjadi lebih pekat dan kelihatan hidup tanpa merosakkan warna kulit baby tersebut :) .. Try la mana anda suka.. Yang penting enjoy..

- saya sarankan anda menggunakan focus mode AF-C untuk ambik gambar baby dan bukannya AF-A dan AF-S. Sebabnya adalah AF-S hanya fokus sekali iaitu apabila kita half press shutter release button tu kamera akan fokus the apabila dapat fokus sharp kamera akan hentikan autofokus setakat tu sahaja dan apabila baby bergerak dan berubah jarak dari kamera memang kamera tak akan ubah balik fokus. Berkenaan AF-A secara praktikalnya bagi saya ia kurang responsive. Kadang - kadang kamera langsung tak autofokus balik apabila subjek mula bergerak. So saya rekemen guna AF-C sebab kamera akan berterusan fokus apabila subjek bergerak. Dalam perkara ini subjek adalah baby yang sangat aktif jadi kenapa pertaruhkan gambar anda dgn mode fokus yang kurang sesuai? :)

- berapa shutter speed yang sesuai? di sini tiada peraturannya cuma basic adalah gunakan shutter speed yang lebih tinggi untuk elakkan risiko gambar blur akibat sebarang pergerakan. Perlu diingatkan di sini bahawa baby adalah sangat aktif dan bergerak agak cepat. Jadi saya cadangkan gunakan shutter speed 1/100 ke atas dan mungkin sehingga 1/500 bergantung kepada keadaan. Sebab satu lagi faktor yang cenderung untuk membuat gambar blur adalah pergerakan kita (shaking). Sebab pada jarak yang dekat sebegini sebarang pergerakan akan sangat ketara. Jadi pandai - pandai la guna.. :)

- Aperture, shutter speed dan ISO? 3 perkara ni adalah combination untuk dapatkan gambar yang perfect. Basic di sini adalah saya rekemen guna aperture besar untuk dapatkan gambar yang ada background blur, shutter speed yang tinggi untuk kurangkan risiko gambar blur. Mula2 anda set dahulu aperture yang anda nak, kemudian setkan shutter speed then jika gambar terlalu cerah anda boleh kurangkan ISO atau tinggikan lagi shutter speed. Jika gambar gelap anda naikkan ISO, jgn turunkan shutter speed sebab nanti gambar akan berisiko untuk blur :)

Semoga semua mendapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

last 2 paragraph very detail...nice info really appreciate it...

sradderkzrnn ...singapore