#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Sabtu, 30 Januari 2010

Mengenai Saya



Zahir Turion Photography telah diasaskan oleh Mohd Zahiruddin Zolkifeli dan telah didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 22 September 2010. Saudara Mohd Zahiruddin merupakan graduan jurusan Electrical & Electronics Engineering dari Uniten (Universiti Tenaga Nasional).

Anak pertama dari 4 orang adik - beradik sedikit sebanyak memberikan pengalaman kepada saudara Mohd Zahiruddin dalam bidang sebegini kerana secara part time Mohd Zahiruddin membantu ayahnya dalam perkhidmatan Security Services.

Dengan modal yang sangat kecil dan terpaksa menjual pelbagai alatan yang ada untu memiliki kamera pertama untuk merealisasikan impian yang telah sekian lama dipendam akhirnya dapat memiliki DLSR pertama pada tahun 2008.

Disebabkan terlalu minat dan komited dengan bidang fotografi akhirnya Saudara Mohd Zahiruddin mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang fotografi dan menyediakan servis yang terbaik untuk clients.

Dan kini saya mengkhususkan kepada bidang fotografi perkahwinan dan acara agar dapat menyediakan servis dan kualiti yang paling tinggi. Dengan penglibatan selama kira - kira 2 tahun dalam bidang fotografi perkahwinan, Zahir Turion Photography kini mengorak langkah dengan lebih jauh dengan menyediakan pelbagai pilihan pakej untuk hampir kesemua acara. Dan untuk pelan jangkamasa panjang Zahir Turion Photography merancang untuk meluaskan lagi skop servisnya ke serata tanah air dan insyaAllah ke serata dunia.

0 ulasan: