#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Selasa, 31 Ogos 2010

Outing "Kerja Gila" Dengan Beberapa Orang Kawan Photographer - 31 Ogos 2010

Assalamualaikum semua. Kali ini saya updatekan berkenaan outing yang berlangsung pada petang tadi. Sememangnya sudah diketahui ramai bahawa hari - hari berpuasa di Kuala Terengganu agak panas cuacanya. Namun kamu tidak cepat luntur dengan cuaca panas dan buat keputusan untuk buat outing shoot gambar apa - apa sahaja.

Ahli - ahli outing kali ini adalah saya, Fazrien, Min dan juga Syed Adie. Selepas berjalan seketika perasaan malas dan letih mula melanda terutama dahaga apebila melihat air tasik. Fuh!! Rasa nak mandi je masa tu. Then lepas berhenti di satu tempat dan shoot ala kadar terus masing - masing buat keputusan untuk pulang. Mana taknya, semua dahaga dan letih.

Kesimpulannya jangan ngada - ngada nak buat outing gi shoot gambar tengahari buta di bulan puasa.. Haha.. Ibarat spongebob dijemur di tengah panas.. Nanti kering hehe.. Apapun enjoy the pics yang sempat diambil tadi.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Hidup MISTI ceria!!! :)




With Regards,


MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI

Zahir Turion Photography

www.zahir-photography.blogspot.com

www.zahir-turion.blogspot.com

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Gambar Istimewa Sempena Kemerdekaan Malaysia dari Zahir Turion Photography

Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53 kepada semua viewers blog dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Sedar tak sedar sudah 53 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah sejak 31 Ogos 1957 dahulu.

Bukan mudah untuk kita mendapatkan hak kita semula setelah dijajah sebegitu lama dan seksa di bawah penjajah - penjajah yang kejam. Pahlawan - pahlawan kita pada zaman itu sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa luar. Jadi kita sebagai penyambung generasi hendaklah menjaga keamanan di negara tercinta kita.

Seeloknya hendaklah kita saling bertolak ansur sesama kita, perkara kecil tidak perlu diperbesarkan sehingga boleh menggugat keaamanan di Malaysia. Seperti anda semua tahu kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan sekutu - sekutunya yang kesemuanya di bawah pakatan Elit Yahudi Zionis sedang berusaha keras untuk memulakan campur tangan hampir kesemua negara di Asia. Dahulunya mereka menggunakan konsep Divide & Rule di negara - negara yang telah berpecah belah contohnya di Korea Utara dan Korea Selatan. Mereka menggunakan pelbagai strategi untuk masuk campur di dalam urusan pentadbiran sesebuah negara supaya mereka dapat mengawal negara tersebut. Jadi hendaklah kita semua mengekalkan keamanan di negara kita supaya ianya tidak menjadi penyebab untuk golongan - golongan HINA tersebut untuk campur tangan di negara kita.

Akhir kata, marilah kita sama - sama menghargai nilai kemerdekaan negara kita supaya kita lebih sayangkan negara bangsa kita. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang keburukan. Amiin...


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53!!!!!

Ahad, 29 Ogos 2010

Gambar - Gambar Close-Up dan Macro Nature

Assalamualaikum semua. Seperti semua tahu, selain dari wedding photography saya juga gemar mengambil gambar close-up, makro dan juga landscape. Mungkin ianya tidak menarik bagi sesetengah orang namun bagi saya ianya sangat menyeronokkan.

Bercakap mengenai gambar makro dan close-up saya sangat gemar mengambil gambar bunga. Bukan sebab saya hati bunga ke apa ke. Cuma bila kita tengok gambar berunsurkan alam sekitar dengan warna - warna semulajadi memang mata dan fikiran kita akan tenang dan rileks.

Memang saya akui tidak mudah untuk mengambil gambar makro kerana pada jarak yang sangat dekat segalanya sangat jelas dan ketara termasuk kesan pergerakan sama ada yang disebabkan oleh angin mahupun kesilapan kita semasa shoot. Namun hasilnya berbaloi :)

Apapun enjoy the pics :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Hidup MISTI ceria :)



With Regards,


MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography

www.zahir-photography.blogspot.com

www.zahir-turion.blogspot.com

Sabtu, 28 Ogos 2010

Outing & Majlis Berbuka Puasa Bersama Kawan - Kawan Photographer

Assalamualaikum semua. Seperti biasa, kali ini saya updatekan lagi blog saya dengan kerapa supaya anda semua tidak tertunggu - tunggu dengan post baru saya. Semalam telah diadakan outing yang dianjurkan oleh kumpulan group facebook Amazing Malaysia dan juga melibatkan Photosantai dan juga ramai lagi yang baru juga berjinak - jinak dengan dunia fotografi ini.

Outing diadakan pada 27 Ogos 2010 iaitu semalam dan bermula pada pukul 4pm. Jadual asalnya untuk ambil gambar landscape pada awal petang namun cuaca yang terlalu panas membuatkan masing - masing terpaksa lepak - lepak di bawah pokok. Lokasi berkumpul mula - mula adalah di Pantai Pandak di Chendering. Kemudian lokasi bertukar ke kawasan Masjid Terapung kerana di situ masing - masing dapat membeli juadah di bazar - bazar yang berdekatan untuk berbuka puasa.

Pihak penganjur telah mengupah seorang nelayan untuk melakukan demonstrasi menebar jala supaya ahli - ahli yang hadir dapat mengambil gambar aksi jala sedang ditebarkan. Dengan kehadiran lebih kurang 40 - 50 orang semestinya suasana menjadi agak meriah lebih - lebih lagi apabila mendengar bunyi shutter kamera semasa jala sedang ditebarkan.

Pada outing semalam juga saya dapat berkenalan dengan lebih ramai photographer yang sebelum ini tidak saya kenali. Dan semestinya ini peluang untuk saya berkenalan dan mengikat ukhwah sesama photographer. Jadi kepada anda semua jika ada outing yang sedemikian ini diharapkan anda dapat serta kerana ianya sangat menarik :) ..

Apapun enjoy the pics yang sempat saya ambil smalam... :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Selamat berkarya dan selamat berpuasa :)

Hidup MISTI ceria!!!! :)

Khamis, 26 Ogos 2010

Saya Ingin Melangkah Lebih Jauh :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Maria, Greg & Me (Best moment ever!!!) :)

Assalamualaikum semua. Semalam saya telah memaksa badan saya ke had maksimum. Mana taknya. Semalam saya telah menjalankan sesi photoshoot di sekitar Kuala Terengganu untuk clients yang juga rakan baru saya iaitu Greg & Maria. Mereka datang ke Malaysia untuk berbulan madu (baru kawin 1 bulan). Saya kenal mereka melalui kawan ayah saya yang berkerja di Poland beberapa tahun lepas. Selain dari sesi photoshoot saya juga bawak mereka berjalan2 ke tempat menarik sekitar Kuala Terengganu.

Ternyata cuaca di Kuala Terengganu semalam agak panas dan saya memang sangat2 letih dan lemah tetapi dengan fikiran disetkan untuk beri layanan terbaik kepada meraka dan untuk dapatkan gambar - gambar terbaik jadi saya teruskan dengan mood CERIA :) . Dan seperti yang dijangka, pasangan ini agak dahaga, sepanjang seharian shoot dan jalan2 setiap mereka minum sekurang - kurangnya 6 botol air. Disebabkan saya berpuasa jadi mereka memahami saya dengan tidak minum di hadapan saya (walaupun saya boleh tengok melalui cermin belakang di dalam kereta) .

Dan sepanjang sesi photoshoot mereka sangat enjoy dan happy :) .. That makes me happy too~~ :) Gambar mereka masih lagi dalam peringkat editting dan akan emailkan kepada mereka sebaik sahaja siap semuanya. Namun saya hanya publishkan gambar yang bertapis sahaja di post lain apabila telah siap nanti kerana sangat banyak gambar yang kurang sesuai untuk tontonan umum :) ..

Dan dengan pengalaman kali pertama melakukan sesi photoshoot ini maka terbukalah satu lagi peluang untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam bidang wedding photography ini. Pedulikan segala halangan. Jadikah halangan itu sebagai ujian untuk kita menjadi seorang yang lebih kuat dari sebelumnya :) .. Smangat2!! :) Sekian dari saya :)

Hidup MISTI ceria :)

Selasa, 24 Ogos 2010

Tips : Cara Ambil Gambar Macro Dan Close-Up Nature Yang Mudah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Kali ini saya berkongsi pandangan dan pendapat saya mengenai cara mudah untuk ambil gambar macro dan close-up nature. Disebabkan ramai yang berminat dengan bidang ini jadi saya sempat berkongsi mengenainya ketika saya tidak sibuk dengan musim perkahwinan.

Perhatian, semua ini hanya semata2 berdasarkan pandangan dan pengalaman saya, bukan bermaksud untuk menyangkal fakta dan utk memalukan sesiapa, jika tidak bersetuju sila tinggalkan segera. Semoga semua mendapat faedah :)

Seperti biasa kita lihat gambar close-up terutama bunga atau berkaitan nature akan nampak sangat menarik. Pertama adalah kerana gambar tu sangat simple. Lagi simple gambar lagi menarik sebab kita dapat tumpukan perhatian kepada mesej utama yang hendak disampaikan iaitu subjek. Maksud saya simple di sini adalah elemen utama adalah subjek dan background sahaja kerana dalam gambar biasanya mempunyai 3 elemen iaitu foreground, subjek dan background. Jadi apabila hanya mempunyai 2 elemen sahaja sangat mudah untuk kita mengawal gambar tersebut supaya tidak terdapat elemen lain yang dapat mengganggu.

Untuk gambar close-up atau macro perkara utama yang perlu ditumpukan hanyalah semata - mata subjek dan komposisi subjek. Ini kerana pada jarak dekat background akan sangat out of focus iaitu sangat blur sehingga hilang semua bentuk dan ciri - ciri pada background. Background hanya bertukar menjadi warna. Elemen - elemen pada background langsung tidak kelihatan. Jadi sememangnya tidak perlu fikir sangat tentang background.

Tapi perlu diingatkan apabila ambil gambar close up atau macro untuk nature seperti bunga seeloknya background berwarna hijau. Jadi pastikan backgroundnya adalah rumput atau yang seumpanya yang berwarna hijau kerana warna hijau dapat menenangkan mata. Dan warna hijau sangat sesuai untuk menjadi background kepada subjek seperti bunga berwarna putih, kuning, merah terang dan ungu.


Jadi untuk ambik gambar close up atau macro nature yang best saya cadangkan ni.

- Guna lens macro dan pergi sehampir mungkin dengan subjek supaya objek lain seperti bunga2 lain tak masuk dalam gambar.

- Gunakan aperture yang bersesuaian supaya subjek kelihatan sharp dan 3D tetapi masih cukup besar supaya background sgt out of focus supaya background hanya sekadar warna.

- Kalau tak ada macro lens pun anda masib bleh ambik gambar closeup, perdi sedekat mungkin dengan subjek di mana masih dalam julat fokus lens dan keluarkan benda lain seperti bunga lain yang ada di tepi subjek utama.

- Jadikan sesimple mungkin. Makesure hanya subjek dan background sahaja. Kalau ada objek di depan subjek atau dinamakan foreground seeloknya buang atau tukar angle supaya hanya ada subjek dan background.

- Gunakan picture control standard atau vivid supaya gambar nampak vivid n ceria. Maksud saya supaya warna hijau background dan warna bunga nampak real dan ceria.

- Kalau ada elemen putih pada bunga pastikan exposure sesuai supaya putih tu tak overexposed sampai menyilaukan mata dan tidak gelap untuk menjadikan gambar tu mute dan tak hidup.

- Gunakan shutter speed tinggi dari biasa sebab pada jarak dekat macam ni memang sebarang shaking akan buat gambar cepat blur. Pandai2 la guna shutter speed bersesuaian.

- Fokus dengan tepat dan jgn bergerak selepas fokus sebab pada jarak rapat camni sebarang perubahan jarak sebanyak 2mm mampu menjadikan gambar blur sehingga takleh digunakan.

- Untuk kesan gambar yang menarik seeloknya meniarap masa shoot supaya eye level so kita nampak gambar tu sangat natural.

- Jaga composition. Sebab jika tersilap composition akan nampak terus gambar tak jadi.

- Ambil gambar pada waktu selepas hujan untuk warna yang tersangat2 vivid sebab masa lepas hujan memang warna naik sebab rumput n semua benda basah n CERIA :)

- Pegang kamera dgn steady sebab kalau shaking gambar rosak.

- Siapa cakap kit lens D40 n kit lens D90 tak boleh ambik gambar camni? Try la dulu baru tau :) Gunakan ape yang ada dengan kita sebaiknya :)


Ntah.. tak ada idea dah.. Apepun selamat mencuba n goodluck :) Yang penting hidup MISTI ceria n pastikan keceriaan tu jugak ada dalam gambar :) hehe.. :) Selamat berpuasa..

Semoga semua mendapat faedah :)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nikkor AF 50mm f/1.8D - Pandangan Saya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Sempena bulan Ramadhan ini setelah habis semua tugasan gambar wedding boleh lah saya kongsikan sedikit beberapa pandangan dan pengalaman saya. Sebelum ini memang ternyata agak sibuk dengan tugasan sehingga banyak komen tak berbalas. Terlebih dahulu ingin saya terangkan bahawa post saya ini bukan membincangkan mengenai spesifikasi lens ni dan tidak bertujuan untuk menyangkal mana – mana pihak dan fakta. Jika anda kurang bersetuju sila tinggalkan post ini dengan segera. Post ini saya kongsikan pendapat dan pandangan saya mengenai lens ni hasil pengalaman menggunakannya dan juga hasil dari eksperimen yang saya lakukan untuk mengetahui limit lens ni.

Yang pertamanya ini adalah lens siri AFD. Bermakna lens ini tiada moto di dalam lens untuk autofokus. Jadi lens ini tak boleh autofokus dengan Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000. Kalau menggunakannya dengan kamera – kamera yang dinyatakan di atas anda terpaksa menggunakan manual fokus. Dan diingatkan bahawa manual fokus lens yang mempunyai aperture besar sangat mencabar terutama pada f/1.8 .. Kesilapan memfokus sebanyak 1cm akan membuatkan gambar menjadi sangat blur bergantung kepada jarak subjek dari lens. Apabila digunakan dengan model kamera Nikon selain dari yang dinyatakan lens ini dapat diautofokuskan.

Berkaitan dengan harganya pula, lens ini adalah lens paling murah Nikon dengan harga sekitar RM380 – RM430 bergantung kepada kedai yang menjualnya. Walaupun harganya murah namun kualiti gambar adalah superb!! Jika anda mempunyai DSLR Nikon selain dari Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000, sangatlah beruntung jika anda membelinya. Lens ini ringan, mudah dan selesa digunakan.

Dari segi sharpness, lens ini sangat sharp jika dibandingkan dengan harganya dan mampu menyaingi beberapa lens yang lebih mahal darinya. Cuma untuk mendapatkan sharpness yang optimum anda haruslah tahu menggunakan lens ini sepenuhnya. Contohnya walaupun lens ini mempunyai aperture maksimum f/1.8 tetapi jika saya nak kualiti dan bokeh yang optimum saya akan stopkan lens ni ke f/2.2 hingga f/4. Jika bokeh tidak diperlukan saya akan stop sehingga f/8 kerana pada f/8 inilah lens ni pada sharpness maksimum. Jika melebihi f/8 faktor pembiasan akan mengurangkan sharpness lens ni. Saya Cuma gunakan f/1.8 untuk ambil gambar portrait dengan mood (ala – ala glow) semasa ambil gambar wedding clients saya.

Dari segi kelajuan fokus dan ketepatan fokus bergantung kepada kamera yang digunakan. Hasil penelitian saya mendapati kelajuan fokus adalah sama pada semua kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini. Cuma yang membezakannya adalah ketepatan fokus terutama dalam keadaan low light. Dalam keadaan ini ketepatan fokus sangat bergantung kepada sensor autofokus kamera. Jadi kamera seperti D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x mempunyai kelebihan berbanding model D90, D80 dan D70. Risiko hunting (lens tak boleh fokus) adalah lebih rendah dengan model D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x. Namun sebenarnya tidak menjadi masalah kerana kebanyakan dari kita kurang mengambil gambar dalam keadaan gelap.

Lens 50mm ini akan mempunyai focal length berkesan 50mm apabila menggunakannya pada kamera Full Frame (FX) dan 75mm pada kamera DX. Pada kamera full frame lens ini sangat sesuai hampir untuk semua perkara. Pada kamera DX iaitu dengan focal length berkesan 75mm ianya sesuai untuk portrait dan perlbagai perkara lain jika anda mahir menggunakannya. Pendek kata lens ini boleh digunakan untuk lebih 80% keperluan fotografi anda.

Jadi berbaloi ke untuk beli lens ni? Bagi saya ianya berbaloi!! Sebab lens ni murah. Performance pun superb terutama dari segi sharpness dan kontras. Jadi jika gambar tak menjadi bukan salah kamera dan lens.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan lens ini :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Harap semua dapat faedah.


With Regards,
Mohd Zahiruddin Zolkifeli
Zahir Turion Photography

Khamis, 19 Ogos 2010

Nikon D90? D5000? D3000? Mana Satu Nak Beli??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Sekarang seperti yang kita semua sedia maklum bahawa harga DSLR semakin rendah dan setiap orang mampu memiliki DSLR. Dengan macam - macam tujuan, tetapi saya taknak sentuh berkenaan peluang dalam bidang fotografi perkahwinan kerana ianya amat sukar dengan pelbagai persaingan. Di sini saya nak berikan pendapat saya kepada sesiapa yang ingin membeli DSLR. Dan di sini saya hanya membandingkan DSLR dari brand Nikon sahaja dan saya taknak jawab sebarang komen atau pertanyaan yang membandingkan Nikon dengan mana - mana pengeluar.

Faktor paling penting yang perlu dipertimbangkan di sini adalah bajet, jika bajet anda tak cukup jangan nak beli kamera yang lebih dari bajet. Mula - mula bajet then lepas tu baru faktor lain.

Terlebih dahulu saya senaraikan beberapa kamera yang hampir semua orang mampu memilikinya. Iaitu Nikon D3000, Nikon D5000 dan Nikon D90.

Nikon D3000 + AFS 18-55mm VR (harga lebih kurang RM1850)
- 10.2 megapiksel.
- ni model paling murah Nikon. Hampir semua orang mampu memilikinya.
- kualiti gambar tidak setara dengan Nikon D5000 dan Nikon D90.
- noise agak tinggi apabila menggunakan ISO tinggi, tidak seperti Nikon D5000 dan D90.
- tiada motor pada body kamera untuk autofokus lens siri AF dan AFD yang tiada motor di dalam lens. Jadi lens yang boleh autofokus dengan Nikon D3000 adalah dari siri AFS. Jika anda menggunakan lens siri AF atau AFD pada kamera ini anda terpaksa manual fokus.
- tiada fungsi rekod video.
- tiada Auto FP (flash tidak boleh digunakan dengan shutter speed melebihi 1/200 saat)


Nikon D5000 + AFS 18-55mm VR (harga lebih kurang RM2550)
- 12.3 megapiksel.
- ada fungsi merekod video HD.
- kualiti gambar setara dengan Nikon D90 dan Nikon D300 kerana ianya mempunyai sensor yang sama.
- mempunyai LCD yang boleh berpusing (sesuai untuk ambil gambar dari angle yang pelik).
- tiada motor pada body kamera untuk autofokus lens siri AF dan AFD yang tiada motor di dalam lens. Jadi lens yang boleh autofokus dengan Nikon D3000 adalah dari siri AFS. Jika anda menggunakan lens siri AF atau AFD pada kamera ini anda terpaksa manual fokus.
- tiada Auto FP (flash tidak boleh digunakan dengan shutter speed melebihi 1/200 saat)


Nikon D90 + AFS 18-105mm VR (harga lebih kurang RM3500)
- 12.3 megapiksel.
- ada fungsi merekod video HD.
- kualiti gambar setara dengan Nikon D5000 dan Nikon D300 kerana ianya mempunyai sensor yang sama.
- mempunyai motor autofokus di body untuk autofokus lens yang tiada moto di dalam iaitu lens siri AF dan AFD. Bermakna Nikon D90 boleh autofokus kesemua lens siri AF, AFD dan AFS.
- mempunyai fungsi Auto FP (flash boleh digunakan dengan shutter speed sehingga 1/4000 saat)
- dari segi ergonomik D90 lebih bagus dari D5000 dan D3000 kerana dari segi setting D90 lebih mudah dan direct berbanding D5000 dan D3000 yang memerlukan kita memasuki menu untuk mengubah tetapan yang sering digunakan.


Jadi.. Model manakah paling saya cadangkan untuk membelinya?
- semestinya Nikon D90 kerana semua ciri yang ada mencukupi untuk jangka masa panjang.
- jika bajet menjadi penghalang saya cadangkan D5000 kerana kualiti gambar setara dengan Nikon D90, cuma kekurangan beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk jangkamasa panjang. Namun masih berbaloi membeli D5000 jika tak mampu beli D90.
- berkenaan D3000 saya sangat tak cadangkan kerana ianya terlalu basic dan kualiti gambarnya tidak setara dengan kamera versi baru dan boleh dikatakan agak ketinggalan. Zahir Turion highly recommends Nikon D90 or D5000!!


Beberapa kisah yang saya nak kongsikan mengenai D3000 :
- Dulu saya pernah membuat post pasal memilih kamera ni dan saya tak cadangakan D3000 namun ada segelintir yang tak berpuas hati kononnya saya burukkan nama D3000. Namun bukan tujuan saya sebegitu, saya cuma ingin anda dapat yang terbaik. Dan beberapa orang kawan dan viewer blog yang beli D3000 menyatakan penyesalannya setelah membeli D3000. Ada yang beli tak sampai 2 minggu terus jual kemudian membeli D90 terus. Ada yang masih mencari - cari siapa yang sanggup membeli D3000 mereka supaya mereka dapat beli kamera lain. Begitulah kisah di sebalik D3000. Berkenaan D5000 dan D90 saya tak dapat sebarang feedback negatif.


So mana satu nak beli????

Zahir Turion Recommends Nikon D90 (Kalau ada bajet).
Zahir Turion Recommends Nikon D5000 (Kalau tak ada bajet).



*** semua ini adalah pandangan saya berdasarkan pengalaman dan penyelidikan saya sendiri dan tidak bertujuan untuk memburukkan mana - mana pihak dan produk. Jika ada yang kurang berpuas hati dengan pandangan saya ini diminta segera meninggalkan post ini. Post ini hanya ditujukan kepada beginner - beginner yang sedang mecari DSLR untuk dibeli. Semoga semua mendapat faedah****

Rabu, 18 Ogos 2010

Jangan Sesekali Berputus Asa!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Ingat!! Jangan sesekali berputus asa :)

Assalamualaikum semua. Seperti yang kita semua tahu bukan mudah untuk berada pada kedudukan yang kita ada sekarang. Setiap saat pasti ada masalah. Jika kita berjaya menghadapinya kita akan ke level yang lebih advance, tetapi jika kita tidak berjaya kita akan terus jatuh dan bermula sekali lagi. Berkongsi mengenai kisah saya, sebelum saya menceburkan diri dalam bidang Wedding Photography ini saya bekerja dengan ayah saya, sekarang pun masih menolong ayah saya secara tak langsung.

Semasa bermula dalam bidang ini saya terpaksa menjual pelbagai barangan saya termasuk handphone, handycam dan bermacam - macam lagi untuk membeli DSLR pertama yang paling murah. Tunggu punya tunggu selepas 3 bulan menunggu barulah saya mendapat clients pertama saya. Then selepas tu alhamdulillah makin berkembang.

Semestinya dalam kehidupan kita sebagai manusia ada segelintir golongan yang cemburu yang tidak boleh melihat orang lain maju. Sebelum blog ini dilancarkan secara rasminya saya telah membuat satu blog Zahir Turion Photography untuk berkongsi pandangan dan tips2 saya dalam dunia fotografi khususnya cara untuk menggunakan DSLR sebab saya tau ramai newbie baru yang dahagakan ilmu untuk menguasai DSLR. Namun setelah blama berkongsi akhirnya muncul golongan yang mencemburi saya dan tidak ingin saya berkongsi tips - tips menguasai DSLR. Blog saya sering diserang bertubi - tubi sehingga mereka memutar belit fakta dan menyebarkannya di merata - rata tempat termasuk forum supaya semua orang membenci saya. Usaha mereka boleh dikatakan hampir berjaya namun tidak berjaya akhirnya sebab semakin mereka menyebarkan fitnah semakin ramai yang ingin tahu dan semakin ramai yang mengetahui kebenaran sebenar. Itulah yang saya hairankan kenapa masih ada orang Melayu sendiri yang nak tikam orang Melayu lain. Sedangkan saya langsung tak menyusahkan mereka. Apapun sekarang saya dah stabil dan kalis sepenuhnya terhadap mereka semua. Kerana sumber rezeki saya datang dari clients yang percaya dan suka dengan hasil kerja saya. Jadi saya tak perlu pedulikan semua itu lagi.

Akhir kata saya ingin berpesan supaya kita jangan sesekali mengalah dengan cabaran yang dihadapi, jika kita berputus asa kita akan rugi, orang lain tak boleh menolong kita kerana kita sendiri yang dapat mengubah nasib kita. Jadi never give up ok :) Hidup MISTI ceria :)


With regards,
(MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI)
Zahir Turion Photography

Isnin, 16 Ogos 2010

Promosi Pakej Outdoor Photoshoot Sempena Ramadhan

Promosi Outdoor Photoshoot Sempena Ramadhan!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us







Assalamualaikum. Sempena Ramadhan ini saya buat promosi sulung saya iaitu sesi Outdoor Photoshoot Sempena Ramadhan. Mungkin ianya agak luarbiasa pada sesetengah orang namun ianya adalah biasa sahaja. Tambahan lagi sesi khas ini hanya dilakukan pada waktu petang dan berakhir tak lama sebelum waktu berbuka jadi dari segi berpuasa ianya tidak mengganggu sedikit pun. Ianya sesuai untuk semua individu dan pasangan. Jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah membuat tempahan dengan segera kerana dikhuatiri tarikh yang bakal anda book sudah penuh.


Keterangan :

Pakej : RM300 (CD sahaja)
RM450 (CD + 80 keping gambar 4R + Sticky Album)

Jumlah Gambar Yang Diambil : Maksimum 200 keping.

Jangkamasa Penggambaran : Maksimum 2 Jam (4.30pm - 6.30pm)

Lokasi Penggambaran : Sekitar Kuala Terengganu Sahaja.

Pakaian : Mengikut kesesuaian, bergantung kepada client.

Cara pembayaran : Sekali bayar / 50% semasa membuat tempahan + 50% sebelum sesi
photoshoot.


Untuk sebarang tempahan sila bank in kan ke akaun saya di (CIMB 13020123373528 - MOHD ZAHIRUDDIN BIN ZOLKIFELI) dan inform saya tentang pembayaran melalui telefon di 0136249013 (Zahir) atau emelkan kepada saya di zahir_turion@yahoo.com.my . Pastikan anda menyimpan slip bank tersebut sebagai rujukan akan datang. Sekian, terima kasih :)


With Regards,
Mohd Zahiruddin Zolkifeli :)


***Kualiti, Komitmen dan Professionalisme diutamakan di Zahir Turion Photography.***


Ahad, 15 Ogos 2010

Sampel Storybook Album

Assalamualaikum semua. Disebabkan masih ramai yang kurang mengenali apakah yang disebut - sebut sebagai Storybook Album anda boleh melihatnya secara visual di sini. Storybook album adalah album ekslusif yang sangat mendapat sambutan dan perhatian ramai. Meskipun dikatakan agak tinggi harganya berbanding pakej album conventional iaitu Sticky Album namun semakin ramai client dan bakal client yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan kualiti yang tertinggi untuk gambar perkahwinan mereka yang hanya terjadi sekali seumur hidup mereka.

Storybook Album ini dikatakan ekslusif kerana ianya adalah custom made iaitu semua design dan susunan gambar di atas album ini dilakukan sepenuhnya mengikut kreativiti dan kemahiran photographer agar suasana dan detik - detik manis yang berlaku sepanjang hari majlis dapat diabadikan dan dapat dihayati oleh pasangan pengantin dan juga orang lain yang melihat album ini seolah - olah mereka memainkan semula ulangtayang detik - detik penting yang berlaku sepanjang majlis mereka.

Dan paling terkenal dengan Storybook Album ialah kebanyakan Storybook Album dilapisi dengan lapisan kristal tebal di hadapan daju kadang - kadang juga di bahagian belakang album an ianya menampakkan kemewahan kepada album tersebut.

Zahir Turion Photography mengistilahkan Storybook Album sebagai "Precious Dark Chocolate" untuk melambangkan nilai dan kualiti Storybook album ini. Anda hanya dapat menghargai sepenuhnya Storybook Album setelah anda memegangnya sendiri.

Jadi tunggu apa lagi.. Pastikan anda juga mengabadikan detik - detik bersejarah dalam hidup anda ke dalam Storybook Album. :)


PROMOSI!! Design, Material baru yang berkualiti dan ekslusif akan digunakan untuk album tahun 2011 di Zahir Turion Photography. Sememangnya yang terbaik untuk para client!!! :)

Album Storybook 2011 :


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket





"Kualiti, Komitmen dan Professionalisme diutamakan di Zahir Turion Photography (TR010122-P). Kepuasan hati client dijamin."


With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com

zahir_turion@yahoo.com.my

0136249013