#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Sabtu, 2 Oktober 2010

Nikkor AF 50mm f/1.8D - Video Slide Show & Sampel



Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan video slide show berkaitan lens Nikkor AF 50mm f/1.8D. Untuk pengetahuan semua lens ini merupakan lens paling murah dalam kategori lens Nikon sekarang. Dengan harga lebih kurang RM400 semua orang mampu memilikinya. Namun perlu diingatkan bahawa lens ini tidak menyokong fungsi autofokus dengan kamera Nikon D5000, D3100, D3000, D60, D40x dan D40. Jadi anda perlu menggunakan manual fokus untuk memfokus lens ini untuk memastikan subjek in fokus. Dan juga perlu diingatkan bahawa agak sukar untuk manual fokus dengan lens beraperture besar kerana pada f/1.8 kesilapan memfokus akan membuatkan subjek menjadi sangat blur dan merosakkan gambar.

Jadi secara spesifiknya saya hanya mensasarkan topik ini kepada kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini iaitu siri kamera Nikon D70 dan ke atas. Saya tak cadangkan untuk kamera yang tak meyokong autofokus kerana jika anda tidak berpuas hati dikhuatiri saya akan dipersalahkan. So enjoy the slide :)

perhatian : kalau tak setuju dgn post ni sila tinggalkan dengan segera kerana post ini hanya ditujukan kepada orang yang ingin tahu sahaja dan tidak bertujuan untuk menyangkal idea dan fakta mana - mana pihak serta tidak bertujuan untuk menyinggung sesiapa.

perhatian 2 : sebarang persoalan dan pertanyaan berkenaan compatibility dan segalanya berkenaan lens ini tidak akan dijawab kerana saya dah letih menjawab soalan yang sama berulang kali, mungkin dah lebih 100 kali. Semuanya sudah saya sediakan di blog ini, jadi rajinkan diri anda untuk mencari jawapannya. Jadi saya nasihatkan anda mencarinya sendiri di blog ini atau mana - mana site di internet.

perhatian 3 : saya tak akan membalas segala soalan yang dihantar melalui sms kerana seperti anda semua sudah tahu saya sangat tak suka menaip apatah lagi menjawab soalan yang sama berulang kali. dan saya kurang suka berSMS. Harap faham..

Semoga semua mendapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com

zahir_turion@yahoo.com.my

2 ulasan:

Adam Mukhriz berkata...

salam..
nak minx pendapat skit.. sy sekrg guna nikon d60 insyaallah nanti nak upgread skit.. mayb ke d90.. tp sekrg ni sy nak sgat bermain dengan flash.. boleh x recommend flash yg mane sesuai untuk sy beli supya sesuai dengan ke2-2 nya.. sbab nak upgread 2 xtahu la bile... terima kasih..

lan berkata...

lagu apa nie...bez n sgat ceria.....haha