#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Januari 2012

E-Book Basic DSLR Dalam Bahasa Melayu Serendah RM30!!!!

E-Book Asas Fotografi (Basic & Advance Tips) dalam bahasa Melayu dari Zahir Turion Photography (TR0100122-P) telah dilancarkan dan ianya sangat sesuai untuk golongan beginner atau pertengahan.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Kelebihan E-Book ini :
1) Dalam bahasa Melayu agar mudah difahami.
2) Penggunaan istilah yang ringkas dan mudah.
3) Ditujukan terutamanya untuk golongan beginner yang baru mengenal DSLR dan seterusnya ke peringkat pertengahan dengan tambahan tips - tips yang lebih advance.
4) Penerangan teknikal dan 'point of view' di sebalik gambar.
5) Mengandungi tips - tips yang mudah, padat dan ringkas.
6) Setiap tips yang diberikan adalah lebih advance dan bertujuan untuk mengasah cara berfikir jurugambar supaya dapat menentukan setting yang sesuai pada DSLR untuk mengambil gambar yang dikehendaki.
7) Sentiasa diupdate secara percuma kepada yang telah membelinya.
8) Kandungan yang boleh dicetak.
9) Turut disertakan dengan tips - tips untuk mengambil gambar perkahwinan.
10) E-book dalam format PDF agar mudah diupdate secara berkala.

Cara mendapatkannya :
1) Bank in RM30 ke mana - mana akaun berikut :
CIMB 13020123373528 MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI atau
MAYBANK 113015197839 MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
2) Pastikan anda menyimpan slip transaksi.
3) Emelkan salinan slip transaksi anda ke emel zahir_fotografi@yahoo.com .
4) E-book akan dihantar dalam bentuk PDF ke e-mel anda.
5) Segala update yang menyusul akan di e-melkan secara percuma kepada anda.

Pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk memilikinya kerana setelah E-Book ini lengkap sepenuhnya ia akan dijual dengan harga RM50. Sedangkan anda boleh mendapatkannya dengan harga RM30 dan sentiasa diupdate secara percuma sehingga lengkap.

Semoga mendapat faedah!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_fotografi@yahoo.com

Selasa, 19 Julai 2011

E-Book Basic DSLR Bernilai RM30!!!

Promosi!! Zahir Turion Photography akan menerbitkan sebuah E-Book bertajuk Basic DSLR yang menekankan aspek kawalan kamera secara umum supaya setiap beginner dapat mengendalikan DSLR mereka dengan cekap untuk mengambil gambar mengikut kreativiti mereka. E-book ini hanya bernilai RM30 (dalam tempoh promosi berakhir 26 Julai 2011) dan selepas tempoh promosi harga sebenar RM35 akan digunapakai.

Photobucket

Antara kelebihan E-Book ini adalah :
1) Menekankan aspek kawalan DSLR berdasarkan pengalaman pengarang.
2) Kandungan adalah dalam bahasa Melayu yang disusan dan diolah supaya mudah difahami.
3) Kandungannya yang sentiasa diupdate secara percuma untuk pembeli E-Book.
4) Tutorial video iringan yang memudahkan beginner memahami cara mengawal DSLR.
5) Kepelbagaian gambar contoh penerangan untuk setiap gambar.
6) Tips - tips menarik dan boleh digunakan untuk menghasilkan gambar yang mempunyai ciri tersendiri.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh menghubungi pihak Zahir Turion Photography di talian 0136249013.


**Setiap E-Book dan video tutorial akan dilengkapi kata laluan yang tersendiri untuk menjaga hak kandungannya.**

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my
013-6249013

Khamis, 30 Jun 2011

Aizat & Marne (Pre Wedding)

Assalamualaikum. Setelah sekian lama agak sibuk dengan tugasan photoshoot akhirnya saya berkesempatan untuk mula upload sedikit demi sedikit gambar client. Pagi ini saya uploadkan koleksi gambar yang diambil untuk pasangan Aizat & Marne yang meminta khidmat Zahir Turion Photography untuk mengambil gambar pre wedding mereka di sekitar Kuala Terengganu. Lokasi photoshoot adalah di salah sebuah kawasan berhampiran Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah namun kami agak terkejut apabila mendapati jambatan yang mesti dilalui telah rosak teruk. Jadi sesi photoshoot diteruskan juga di lokasi yang sama cuma dengan cara pendekatan yang berbeza. Agak menggelikan hati apabila mendapat tahu mereka sangat pemalu tetapi agak ceria. Apapun selamat menyaksikan gambar - gambar mereka. Enjoy!!!


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket






* Semua gambar di atas diambil menggunakan DSLR terbaru Nikon iaitu Nikon D5100. Mereka merupakan pasangan pertama yang merasmikan DSLR terbaru di Zahir Turion Photography. Tahniah!!!! :)


"Quality, Commitment & Professionalisme"


With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my
013-6249013

Sabtu, 4 Disember 2010

Aperture : Contoh Gambar Apabila Menggunakan Aperture Berbeza

Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan contoh gambar apabila menggunakan nilai aperture yang berbeza :)

Terlebih dahulu mari kita imbas kembali kesan penggunaan aperture yang berlainan :

Aperture besar / nilai f kecil :
- DOF menjadi sempit. Iaitu hanya objek yang difokus akan kelihatan sharp manakala elemen lain contohnya background dan foreground akan menjadi blur dan kebanyakan orang memanggilnya bokeh.
- Lebih banyak cahaya dapat masuk melalui lens disebabkan bukaan yang besar, jadi shutter speed yang lebih tinggi boleh digunakan. Dan ISO juga boleh dikurangkan.
- Sesuai untuk ambil gambar portrait atau subjek dengan background dan foreground blur supaya mesej gambar dapat disampaikan dengan jelas kerana tiada gangguan dari elemen - elemen lain dalam gambar.

Aperture kecil / nilai f besar :
- DOF menjadi luas. Iaitu hanya objek yang difokus akan kelihatan sharp manakala elemen lain contohnya background dan foreground akan kelihatan seperti in fokus iaitu lebih jelas.
-Kurang cahaya dapat masuk melalui lens disebabkan bukaan yang kecil, jadi shutter speed yang lebih rendah perlu digunakan. Dan ISO juga perlu  dinaikkan.
- Sesuai untuk ambil gambar group portrait seupaya setiap orang di dalam gambar kelihatan sharp. Dan juga sesuai untuk ambil gambar landscape supaya semua elemen kelihatan in focus.

Jom kita lihat gambar menggunakan nilai aperture yang berlainan :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

f/1.8

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 f/2

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 f/2.2

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/2.5

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/2.8

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/3.2

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/3.5

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/4

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/4.5

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/5

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/5.6

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/6.3

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/7.1

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 f/8

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/9

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/10

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/11

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/13

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/14

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f//16

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/18

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/20

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
f/22

Semoga semua mendapat faedah dari tips tak seberapa ni :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my

Sabtu, 2 Oktober 2010

Nikkor AF 50mm f/1.8D - Video Slide Show & Sampel



Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan video slide show berkaitan lens Nikkor AF 50mm f/1.8D. Untuk pengetahuan semua lens ini merupakan lens paling murah dalam kategori lens Nikon sekarang. Dengan harga lebih kurang RM400 semua orang mampu memilikinya. Namun perlu diingatkan bahawa lens ini tidak menyokong fungsi autofokus dengan kamera Nikon D5000, D3100, D3000, D60, D40x dan D40. Jadi anda perlu menggunakan manual fokus untuk memfokus lens ini untuk memastikan subjek in fokus. Dan juga perlu diingatkan bahawa agak sukar untuk manual fokus dengan lens beraperture besar kerana pada f/1.8 kesilapan memfokus akan membuatkan subjek menjadi sangat blur dan merosakkan gambar.

Jadi secara spesifiknya saya hanya mensasarkan topik ini kepada kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini iaitu siri kamera Nikon D70 dan ke atas. Saya tak cadangkan untuk kamera yang tak meyokong autofokus kerana jika anda tidak berpuas hati dikhuatiri saya akan dipersalahkan. So enjoy the slide :)

perhatian : kalau tak setuju dgn post ni sila tinggalkan dengan segera kerana post ini hanya ditujukan kepada orang yang ingin tahu sahaja dan tidak bertujuan untuk menyangkal idea dan fakta mana - mana pihak serta tidak bertujuan untuk menyinggung sesiapa.

perhatian 2 : sebarang persoalan dan pertanyaan berkenaan compatibility dan segalanya berkenaan lens ini tidak akan dijawab kerana saya dah letih menjawab soalan yang sama berulang kali, mungkin dah lebih 100 kali. Semuanya sudah saya sediakan di blog ini, jadi rajinkan diri anda untuk mencari jawapannya. Jadi saya nasihatkan anda mencarinya sendiri di blog ini atau mana - mana site di internet.

perhatian 3 : saya tak akan membalas segala soalan yang dihantar melalui sms kerana seperti anda semua sudah tahu saya sangat tak suka menaip apatah lagi menjawab soalan yang sama berulang kali. dan saya kurang suka berSMS. Harap faham..

Semoga semua mendapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com

zahir_turion@yahoo.com.my

Sabtu, 25 September 2010

Video Cara Ringkas Edit Gambar Menggunakan Nikon View NX2

Assalamualaikum semua. Kali ini saya kongsikan video tentang adjustment yang saya biasa lakukan untuk gambar JPEG dengan menggunakan Nikon View NX2. Untuk pengetahuan semua software ini adalah freeware, bermaksud ianya adalah percuma.


Maafkan saya atas video yang entah apa2 tu.. Masa tengah buat video tu tengah selsema. So agak slow skit berfikir hehe...


Kepada yang ingin mendownload anda boleh mendapatkannya di link berikut : http://nikonimglib.com/nvnx/index_en_int.html#os-windows

Walaupun software ini agak basic dan tak banyak kawalan ke atasnya namun ianya sangat berguna sebenarnya. Saya cadangkan anda menggunakan software Nikon untuk mendapatkan hasil dan kualiti gambar yang tinggi dari DLSR Nikon. Ibarat kata pepatah "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam". Software Nikon telah disesuaikan untuk DSLR Nikon.

Di samping itu software ini juga berguna untuk mengurus gambar anda kerana sistem pengurusan gambarnya sangat ringan (tak memberatkan PC) dan mudah difahami. Cuma interfacenya agak sukar jika masih baru mengenali software ini.


Antara kelebihan software ini yang saya selalu gunakan dan suka adalah :
1) Convert dari file RAW ke JPEG dengan mudah dan sangat berkualiti.
2) Fungsi D-Lighting yang berkesan walaupun saya jarang menggunakannya.
3) Fungsi membetulkan gambar yang senget dengan menggunakan slider (sangat mudah).
4) Dapat melihat semua Exif data dari kamera Nikon.
5) Dapat mengubah Picture Control kepada gambar RAW dan fungsi membuat Custom Picture Control.
6) Fungsi basic yang bagus untuk RAW iaitu membetulkan WB, shadow recovery, highlight recovery n exposure. Sangat best.
7) Fungsi batch resize gambar yang sangat mudah.
8) Interface yang lawa..

Dan banyak lagi la kelebihan yang saya malas nak senaraikan. Agak berbaloi la.. Walapun fungsi agak limit tp dah mencukupi sebenarnya.


Dari segi kekurangan pula adalah :
1) Agak lembap nak save setelah kita adjust gambar tu.
2) Kadang - kadang hang bila menggunakan komputer dengan requirement rendah.

Mungkin 2 tu je la kelemahan yang saya tak suka pasal View NX2 .. yang lain dah ok.. nama pun free... so saya rekemen anda download dan gunakan software tu.. Best2 :)

Harap semua dapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com

zahir_turion@yahoo.com.my

Selasa, 14 September 2010

Tips : Cara Shoot Baby 1

Assalamualaikum semua.. setelah sekian lama tak update blog akhirnya baru saya ada sedikit kesempatan untuk update blog ni. Emm.. apapun terlebih dahulu saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri :) . Pada hari raya baru2 ni saya sempat ambik gambar saudara baru saya iaitu baby.. hehe.. seperti yang semua tahu saya memang suka ambik gambar baby sebab dia sangat cute :) ni adalah gambar baby tu :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips!!! :)
- Untuk angle yang dramatik saya sarankan shoot baby dari angle atas seperti dalam gambar di atas kerana pada angle ini background adalah kaki, baju, seluar, dan lantai jadi tidak perlu nak peningkan kepala nak elakkan background yang terlalu crowded seperti persekitaran rumah. Dan pada angle ini jugak tiada foreground kerana objek yang paling hampir dengan lens adalah subjek. Jadi gambar lebih simple dan maksud gambar dapat disampaikan dengan mudah.

- saya cadangkan anda gunakan aperture sebesar mungkin supaya hanya elemen utama subjek sharp supaya mesej gambar dapat disampaikan dengan lebih jelas. Yup!! subjek adalah baby tapi main subjek yang menentukan portrait adalah mata.. Jadi pastikan mata tu sharp dan elemen lain slowly out of focus tanpa terlalu banyak blur sehingga tak ada ciri - ciri asas seperti kaki dan tangan. Tapi apa salahnya kan? So ikut suka anda la.. saya rekemen guna f/2.2 sbg aperture maksimum lens 50mm f/1.8 sbb pada aperture tu sharpness gambar tak terlalu teruk dan background blur masih superb :) .. tapi untuk lebih mood anda boleh try f/1.8 :)

- kalau anda perasan saya guna picture control Neutral dan boost saturation ke +1.. tujuan saya guna Neutral adalah utk elakkan kontras terlalu tinggi dan bagi mood lembut iaitu objek berwarna cerah tak terlalu saturate dengan cahaya persekitrannya. Maksud saya kulit bayi yang cerah tu tak terlalu pekat warnanya. Dan saya boostkan saturation tu kepada +1 supaya warna bajunya menjadi lebih pekat dan kelihatan hidup tanpa merosakkan warna kulit baby tersebut :) .. Try la mana anda suka.. Yang penting enjoy..

- saya sarankan anda menggunakan focus mode AF-C untuk ambik gambar baby dan bukannya AF-A dan AF-S. Sebabnya adalah AF-S hanya fokus sekali iaitu apabila kita half press shutter release button tu kamera akan fokus the apabila dapat fokus sharp kamera akan hentikan autofokus setakat tu sahaja dan apabila baby bergerak dan berubah jarak dari kamera memang kamera tak akan ubah balik fokus. Berkenaan AF-A secara praktikalnya bagi saya ia kurang responsive. Kadang - kadang kamera langsung tak autofokus balik apabila subjek mula bergerak. So saya rekemen guna AF-C sebab kamera akan berterusan fokus apabila subjek bergerak. Dalam perkara ini subjek adalah baby yang sangat aktif jadi kenapa pertaruhkan gambar anda dgn mode fokus yang kurang sesuai? :)

- berapa shutter speed yang sesuai? di sini tiada peraturannya cuma basic adalah gunakan shutter speed yang lebih tinggi untuk elakkan risiko gambar blur akibat sebarang pergerakan. Perlu diingatkan di sini bahawa baby adalah sangat aktif dan bergerak agak cepat. Jadi saya cadangkan gunakan shutter speed 1/100 ke atas dan mungkin sehingga 1/500 bergantung kepada keadaan. Sebab satu lagi faktor yang cenderung untuk membuat gambar blur adalah pergerakan kita (shaking). Sebab pada jarak yang dekat sebegini sebarang pergerakan akan sangat ketara. Jadi pandai - pandai la guna.. :)

- Aperture, shutter speed dan ISO? 3 perkara ni adalah combination untuk dapatkan gambar yang perfect. Basic di sini adalah saya rekemen guna aperture besar untuk dapatkan gambar yang ada background blur, shutter speed yang tinggi untuk kurangkan risiko gambar blur. Mula2 anda set dahulu aperture yang anda nak, kemudian setkan shutter speed then jika gambar terlalu cerah anda boleh kurangkan ISO atau tinggikan lagi shutter speed. Jika gambar gelap anda naikkan ISO, jgn turunkan shutter speed sebab nanti gambar akan berisiko untuk blur :)

Semoga semua mendapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Selasa, 24 Ogos 2010

Tips : Cara Ambil Gambar Macro Dan Close-Up Nature Yang Mudah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Kali ini saya berkongsi pandangan dan pendapat saya mengenai cara mudah untuk ambil gambar macro dan close-up nature. Disebabkan ramai yang berminat dengan bidang ini jadi saya sempat berkongsi mengenainya ketika saya tidak sibuk dengan musim perkahwinan.

Perhatian, semua ini hanya semata2 berdasarkan pandangan dan pengalaman saya, bukan bermaksud untuk menyangkal fakta dan utk memalukan sesiapa, jika tidak bersetuju sila tinggalkan segera. Semoga semua mendapat faedah :)

Seperti biasa kita lihat gambar close-up terutama bunga atau berkaitan nature akan nampak sangat menarik. Pertama adalah kerana gambar tu sangat simple. Lagi simple gambar lagi menarik sebab kita dapat tumpukan perhatian kepada mesej utama yang hendak disampaikan iaitu subjek. Maksud saya simple di sini adalah elemen utama adalah subjek dan background sahaja kerana dalam gambar biasanya mempunyai 3 elemen iaitu foreground, subjek dan background. Jadi apabila hanya mempunyai 2 elemen sahaja sangat mudah untuk kita mengawal gambar tersebut supaya tidak terdapat elemen lain yang dapat mengganggu.

Untuk gambar close-up atau macro perkara utama yang perlu ditumpukan hanyalah semata - mata subjek dan komposisi subjek. Ini kerana pada jarak dekat background akan sangat out of focus iaitu sangat blur sehingga hilang semua bentuk dan ciri - ciri pada background. Background hanya bertukar menjadi warna. Elemen - elemen pada background langsung tidak kelihatan. Jadi sememangnya tidak perlu fikir sangat tentang background.

Tapi perlu diingatkan apabila ambil gambar close up atau macro untuk nature seperti bunga seeloknya background berwarna hijau. Jadi pastikan backgroundnya adalah rumput atau yang seumpanya yang berwarna hijau kerana warna hijau dapat menenangkan mata. Dan warna hijau sangat sesuai untuk menjadi background kepada subjek seperti bunga berwarna putih, kuning, merah terang dan ungu.


Jadi untuk ambik gambar close up atau macro nature yang best saya cadangkan ni.

- Guna lens macro dan pergi sehampir mungkin dengan subjek supaya objek lain seperti bunga2 lain tak masuk dalam gambar.

- Gunakan aperture yang bersesuaian supaya subjek kelihatan sharp dan 3D tetapi masih cukup besar supaya background sgt out of focus supaya background hanya sekadar warna.

- Kalau tak ada macro lens pun anda masib bleh ambik gambar closeup, perdi sedekat mungkin dengan subjek di mana masih dalam julat fokus lens dan keluarkan benda lain seperti bunga lain yang ada di tepi subjek utama.

- Jadikan sesimple mungkin. Makesure hanya subjek dan background sahaja. Kalau ada objek di depan subjek atau dinamakan foreground seeloknya buang atau tukar angle supaya hanya ada subjek dan background.

- Gunakan picture control standard atau vivid supaya gambar nampak vivid n ceria. Maksud saya supaya warna hijau background dan warna bunga nampak real dan ceria.

- Kalau ada elemen putih pada bunga pastikan exposure sesuai supaya putih tu tak overexposed sampai menyilaukan mata dan tidak gelap untuk menjadikan gambar tu mute dan tak hidup.

- Gunakan shutter speed tinggi dari biasa sebab pada jarak dekat macam ni memang sebarang shaking akan buat gambar cepat blur. Pandai2 la guna shutter speed bersesuaian.

- Fokus dengan tepat dan jgn bergerak selepas fokus sebab pada jarak rapat camni sebarang perubahan jarak sebanyak 2mm mampu menjadikan gambar blur sehingga takleh digunakan.

- Untuk kesan gambar yang menarik seeloknya meniarap masa shoot supaya eye level so kita nampak gambar tu sangat natural.

- Jaga composition. Sebab jika tersilap composition akan nampak terus gambar tak jadi.

- Ambil gambar pada waktu selepas hujan untuk warna yang tersangat2 vivid sebab masa lepas hujan memang warna naik sebab rumput n semua benda basah n CERIA :)

- Pegang kamera dgn steady sebab kalau shaking gambar rosak.

- Siapa cakap kit lens D40 n kit lens D90 tak boleh ambik gambar camni? Try la dulu baru tau :) Gunakan ape yang ada dengan kita sebaiknya :)


Ntah.. tak ada idea dah.. Apepun selamat mencuba n goodluck :) Yang penting hidup MISTI ceria n pastikan keceriaan tu jugak ada dalam gambar :) hehe.. :) Selamat berpuasa..

Semoga semua mendapat faedah :)

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nikkor AF 50mm f/1.8D - Pandangan Saya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Sempena bulan Ramadhan ini setelah habis semua tugasan gambar wedding boleh lah saya kongsikan sedikit beberapa pandangan dan pengalaman saya. Sebelum ini memang ternyata agak sibuk dengan tugasan sehingga banyak komen tak berbalas. Terlebih dahulu ingin saya terangkan bahawa post saya ini bukan membincangkan mengenai spesifikasi lens ni dan tidak bertujuan untuk menyangkal mana – mana pihak dan fakta. Jika anda kurang bersetuju sila tinggalkan post ini dengan segera. Post ini saya kongsikan pendapat dan pandangan saya mengenai lens ni hasil pengalaman menggunakannya dan juga hasil dari eksperimen yang saya lakukan untuk mengetahui limit lens ni.

Yang pertamanya ini adalah lens siri AFD. Bermakna lens ini tiada moto di dalam lens untuk autofokus. Jadi lens ini tak boleh autofokus dengan Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000. Kalau menggunakannya dengan kamera – kamera yang dinyatakan di atas anda terpaksa menggunakan manual fokus. Dan diingatkan bahawa manual fokus lens yang mempunyai aperture besar sangat mencabar terutama pada f/1.8 .. Kesilapan memfokus sebanyak 1cm akan membuatkan gambar menjadi sangat blur bergantung kepada jarak subjek dari lens. Apabila digunakan dengan model kamera Nikon selain dari yang dinyatakan lens ini dapat diautofokuskan.

Berkaitan dengan harganya pula, lens ini adalah lens paling murah Nikon dengan harga sekitar RM380 – RM430 bergantung kepada kedai yang menjualnya. Walaupun harganya murah namun kualiti gambar adalah superb!! Jika anda mempunyai DSLR Nikon selain dari Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000, sangatlah beruntung jika anda membelinya. Lens ini ringan, mudah dan selesa digunakan.

Dari segi sharpness, lens ini sangat sharp jika dibandingkan dengan harganya dan mampu menyaingi beberapa lens yang lebih mahal darinya. Cuma untuk mendapatkan sharpness yang optimum anda haruslah tahu menggunakan lens ini sepenuhnya. Contohnya walaupun lens ini mempunyai aperture maksimum f/1.8 tetapi jika saya nak kualiti dan bokeh yang optimum saya akan stopkan lens ni ke f/2.2 hingga f/4. Jika bokeh tidak diperlukan saya akan stop sehingga f/8 kerana pada f/8 inilah lens ni pada sharpness maksimum. Jika melebihi f/8 faktor pembiasan akan mengurangkan sharpness lens ni. Saya Cuma gunakan f/1.8 untuk ambil gambar portrait dengan mood (ala – ala glow) semasa ambil gambar wedding clients saya.

Dari segi kelajuan fokus dan ketepatan fokus bergantung kepada kamera yang digunakan. Hasil penelitian saya mendapati kelajuan fokus adalah sama pada semua kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini. Cuma yang membezakannya adalah ketepatan fokus terutama dalam keadaan low light. Dalam keadaan ini ketepatan fokus sangat bergantung kepada sensor autofokus kamera. Jadi kamera seperti D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x mempunyai kelebihan berbanding model D90, D80 dan D70. Risiko hunting (lens tak boleh fokus) adalah lebih rendah dengan model D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x. Namun sebenarnya tidak menjadi masalah kerana kebanyakan dari kita kurang mengambil gambar dalam keadaan gelap.

Lens 50mm ini akan mempunyai focal length berkesan 50mm apabila menggunakannya pada kamera Full Frame (FX) dan 75mm pada kamera DX. Pada kamera full frame lens ini sangat sesuai hampir untuk semua perkara. Pada kamera DX iaitu dengan focal length berkesan 75mm ianya sesuai untuk portrait dan perlbagai perkara lain jika anda mahir menggunakannya. Pendek kata lens ini boleh digunakan untuk lebih 80% keperluan fotografi anda.

Jadi berbaloi ke untuk beli lens ni? Bagi saya ianya berbaloi!! Sebab lens ni murah. Performance pun superb terutama dari segi sharpness dan kontras. Jadi jika gambar tak menjadi bukan salah kamera dan lens.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan lens ini :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Harap semua dapat faedah.


With Regards,
Mohd Zahiruddin Zolkifeli
Zahir Turion Photography