Zahir Turion Photography telah diasaskan pada tahun 2008. Menyediakan servis fotografi perkahwinan, pertunangan, pre wedding, post wedding, outdoor photoshoot, family group portrait dan sebarang majlis secara professional ke seluruh Malaysia. Kualiti dan kepuasan hati client diutamakan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami di zahir_fotografi@yahoo.com
Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan sedikit gambar sempena majlis pertunangan pasangan Mohd Najib & Yang Faizura. Mereka melangsungkan majlis pertunangan mereka pada tarikh yang menjadi rebutan ramai iaitu pada 10/10/10. Untuk pengetahuan semua sangat ramai yang melangsungkan upacara pertunangan atau perkahwinan pada tarikh ini. Dan mereka agak bertuah kerana telah booking saya dari awal untuk majlis mereka. Jika tidak alamatnya tak bergambar la mereka pada hari pertunangan yang berlangsung pada baru - baru ini. Pasangan ini dan keluarga mereka agak lucu, open minded dan senang untuk berbincang. Dan alhamdulillah mereka juga telah book saya untuk tarikh perkahwinan mereka nanti pada 1/1/11 nanti. Jadi secara tidak langsung mudahlah bagi saya untuk menghasilkan gambar yang menarik dan penuh emotion dari mereka semua. Apapun saksikan video slide show HD ini :
dan juga enjoy the pics sempena majlis mereka di bawah ini :
Najib!! Yang!! Kita jumpa lagi pada 1/1/11 nanti :)
Hidup MISTI ceria!!! :)
With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI Zahir Turion Photography(TR0100122-P) www.zahir-photography.com www.zahir-turion.blogspot.com zahir_turion@yahoo.com.my
Assalamualaikum semua. Kali ini saya bawakan sesi outdoor photoshoot bagi pasangan Qayyum dan Faizah. Mereka berdua merupakan pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan sehari sebelum itu. Ternyata mereka berdua sangat ceria dan lucu. Dan tak lupa mereka sangat romantik hinggakan mood tersebut dapat dirakan sekali dalam gambar. Apapun selamat pengantin baru saya ucapkan kepada mereka. Semoga kekal bahagia dan berkekalan selamanya :)
Enjoy the HD slide show video!!
Untuk paparan menarik dan berkualiti sila pilih 720p dari menu drop down pada player youtube..
Enjoy the pics :)
Hidup MISTI ceria!!! :)
With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI Zahir Turion Photography(TR0100122-P) www.zahir-photography.com www.zahir-turion.blogspot.com zahir_turion@yahoo.com.my
Perhatian!!! : Post ini tidak bertujuan untuk menyangkal idea mana - mana pihak dan menyinggung sensitiviti sesiapa. Jika tidak bersetuju sila tinggalkan dengan segera. Ianya adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat saya dgn tujuan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada sesiapa yang merasakan bahawa mereka tidak mampu menghasilkan gambar yang cantik menggunakan kamera (DSLR) dan gear murah yang mereka ada. Harap semua dapat faedah :)
Untuk video slide show lebih banyak gambar sila ke klik button play di bawah :)
Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi pendapat dan pengalaman saya sepanjang setahun jagung saya menceburkan diri dalam bidang fotografi ini. Ianya berkaitan dengan sikap ramai orang yang memiliki DSLR terutamanya level rendah seperti Nikon D3000, D40, D40x, D60, D5000, Canon 1000D dan sebagainya. Bagi saya DSLR adalah hampir sama jika digunakan oleh orang biasa kerana setiap DSLR mempunyai persamaan utama iaitu semuanya mengandungi Exposure Mode M, A, S dan P. Setting inilah yang bertanggungjawab dalam segalanya. Jadi jika semua DSLR ada setting ini tidakkah anda juga mampu menghasilkan gambar yang sama dengan DSLR lain? Jawapannya memang boleh, cuma jika orang yang dah mahir dan perlukan power lebih dari DSLR barulah mereka tahu limit DSLR level rendah berbanding level tinggi. Tapi di sini saya bercakap mengenai menghasilkan gambar yang superb dari DSLR dan gear murah dan saya tujukan post ini kepada beginner jadi saya assume anda semua masih tidak sampai limit DSLR anda mampu tawarkan.
Saya nak kongsikan inspirasi saya ketika shoot gambar sepanjang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada 2009 lalu di Arena of Stars di Genting Highland. Ketika itu saya hanya berbekalkan kit DSLR paling murah n level rendah Nikon iaitu Nikon D40 dan kit lens AF-S 18-55mm f/3.5-5.6G. Dan saya shoot keseluruhan acara dengan hanya menggunakan DSLR dan kit lens itu. Sememangnya agak terasa apabila ramai photographer lain tengok dan pandang rendah ketika saya menggunakan DSLR itu kerana masing - masing adalah photographer dari agensi dan media dan mereka berbekalkan DSLR dan gear paling mahal. Sekurang - kurangnya masing - masing mempunyai 2 body kamera dan pelbagai jenis lens. Dan saya juga agak tertekan apabila shoot dalam gelap kerana pada waktu itu kebanyakan photographer menggunakan kamera Full Frame seperti Nikon D700, D3 dan Canon 1Ds MarkII atau MarkIII dan juga 5D.
Dan saya berjaya mengambil gambar yang saya kategorikan sebagai OK LA ... lebih baik dari tak dapat terus kan? Dalam keadaan gelap dengan hanya pentas yang bercahaya saya set kamera ke mode M kerana saya taknak kamera bertukar - tukar setting exposure kerana metering kamera akan tertipu dengan keadaan lighting yang agak ekstreme. Saya mahukan total control terhadap exposure. Dan saya hanya setkan exposure untuk cahaya pada kawasan pentas kerana di situ berlangsung segala aktiviti dan bukan pada tempat lain.
Cara saya setkan adalah saya tentukan dahulu shutter speed yang diperlukan kerana dalam keadaan kurang cahaya sebegitu adalah sangat kritikal kesan shutter speed yang diperlukan. Jika terlalu tinggi gambar objek bergerak akan sharp tetapi gambar akan gelap dan perlukan aperture besar dan ISO tinggi untuk dapat gambar yang cerah. Jadi saya perlu mencari nilai yang optimum supaya gambar artis yang sedang menyanyi dan menari dapat difreezekan dan kelihatan sharp tapi dalam masa yang sama juga tidak terlalu tinggi sehingga memerlukan ISO yang terlalu tinggi. Selepas ditry beberapa kali akhirnya saya dapat nilai shutter speed optimum iaitu antara 1/80 - 1/100saat. Jika terlalu rendah subjek yang bergerak akan blur. Faktor kedua yang saya setkan pada acara ini adalah aperture. Pada kali ini jarak pentas dari lokasi saya adalah agak jauh jadi Depth of Field agak luas dan tidak perlukan aperture yang kecil untuk sharpkan semua subjek dan background pentas. Satu lagi kelebihan menggunakan aperture besar adalah kerana lebih banyak cahaya dapat masuk dalam waktu yang ditetapkan dan seterusnya mengurangkan risiko gambar noise jika menggunakan ISO tinggi. Faktor ketiga adalah ISO. Saya setkan ISO supaya nilainya sesuai untuk hasilkan gambar yang elok kecerahannya dengan kombinasi shutter speed dan aperture yang digunakan. Tidak terlalu rendah sehingga gambar menjadi gelap tapi tidak terlalu tinggi sehingga gambar nampak berbintik dengan banyak (noise). Jadi semua combination 3 faktor ni dah cukup untuk menghasilkan gambar yang sharp.
Satu lagi pastikan anda berdiri dan memegang kamera dengan stabil untuk memastikan gambar sharp dan tiada kesan shaking. Jadi buat la macam manapun asalkan kamera tak bergoyang ketika anda shoot. Jika ada tiang atau tempat yang boleh menyokong anda pastikan anda gunakannya. Nampak ringkas sahaja tapi ia mampu menyelamatkan gambar anda dari blur :)
Satu la perkara yang ingin saya utarakan di sini adalah berkenaan penggunaan ISO.. Ramai dari kita yang diracuni dengan konsep takut menaikkan ISO kerana orang mengatakan gambar akan banyak noise. Tapi dalam keadaan ekstreme macam ni cuba anda fikirkan balik.. Mana lagi berbaloi? ISO tinggi gambar ada noise tapi sharp atau ISO rendah gamber takde noise tapi semuanya blur sebab shutter speed tak cukup tinggi? Renung2kan lah :) ... Lagipun ramai dari kita hanya print tak lebih dari 8x12 inci jadi ISO 1600 pada D90 atau ape2 pun masih tidak ketara pada kertas gambar. Jadi tepuk kamera tanya anda sendiri :)
Pandai2 la ye.. hehe.. yang penting mesti selalu try n error, be creative dan jangan sesekali putus asa :) Kuatkan semangat :)
Lahirkan yang terbaik dari DSLR dan gear anda :)
Semoga semua mendapat faedah :)
Hidup MISTI ceria!!! :)
With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI Zahir Turion Photography(TR0100122-P) www.zahir-photography.com www.zahir-turion.blogspot.com zahir_turion@yahoo.com.my
Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan video slide show berkaitan lens Nikkor AF 50mm f/1.8D. Untuk pengetahuan semua lens ini merupakan lens paling murah dalam kategori lens Nikon sekarang. Dengan harga lebih kurang RM400 semua orang mampu memilikinya. Namun perlu diingatkan bahawa lens ini tidak menyokong fungsi autofokus dengan kamera Nikon D5000, D3100, D3000, D60, D40x dan D40. Jadi anda perlu menggunakan manual fokus untuk memfokus lens ini untuk memastikan subjek in fokus. Dan juga perlu diingatkan bahawa agak sukar untuk manual fokus dengan lens beraperture besar kerana pada f/1.8 kesilapan memfokus akan membuatkan subjek menjadi sangat blur dan merosakkan gambar.
Jadi secara spesifiknya saya hanya mensasarkan topik ini kepada kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini iaitu siri kamera Nikon D70 dan ke atas. Saya tak cadangkan untuk kamera yang tak meyokong autofokus kerana jika anda tidak berpuas hati dikhuatiri saya akan dipersalahkan. So enjoy the slide :)
perhatian : kalau tak setuju dgn post ni sila tinggalkan dengan segera kerana post ini hanya ditujukan kepada orang yang ingin tahu sahaja dan tidak bertujuan untuk menyangkal idea dan fakta mana - mana pihak serta tidak bertujuan untuk menyinggung sesiapa.
perhatian 2 : sebarang persoalan dan pertanyaan berkenaan compatibility dan segalanya berkenaan lens ini tidak akan dijawab kerana saya dah letih menjawab soalan yang sama berulang kali, mungkin dah lebih 100 kali. Semuanya sudah saya sediakan di blog ini, jadi rajinkan diri anda untuk mencari jawapannya. Jadi saya nasihatkan anda mencarinya sendiri di blog ini atau mana - mana site di internet.
perhatian 3 : saya tak akan membalas segala soalan yang dihantar melalui sms kerana seperti anda semua sudah tahu saya sangat tak suka menaip apatah lagi menjawab soalan yang sama berulang kali. dan saya kurang suka berSMS. Harap faham..
Semoga semua mendapat faedah :)
Hidup MISTI ceria!!! :)
With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI Zahir Turion Photography(TR0100122-P) www.zahir-photography.com www.zahir-turion.blogspot.com zahir_turion@yahoo.com.my