#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Sabtu, 25 September 2010

Video Cara Ringkas Edit Gambar Menggunakan Nikon View NX2

Assalamualaikum semua. Kali ini saya kongsikan video tentang adjustment yang saya biasa lakukan untuk gambar JPEG dengan menggunakan Nikon View NX2. Untuk pengetahuan semua software ini adalah freeware, bermaksud ianya adalah percuma.


Maafkan saya atas video yang entah apa2 tu.. Masa tengah buat video tu tengah selsema. So agak slow skit berfikir hehe...


Kepada yang ingin mendownload anda boleh mendapatkannya di link berikut : http://nikonimglib.com/nvnx/index_en_int.html#os-windows

Walaupun software ini agak basic dan tak banyak kawalan ke atasnya namun ianya sangat berguna sebenarnya. Saya cadangkan anda menggunakan software Nikon untuk mendapatkan hasil dan kualiti gambar yang tinggi dari DLSR Nikon. Ibarat kata pepatah "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam". Software Nikon telah disesuaikan untuk DSLR Nikon.

Di samping itu software ini juga berguna untuk mengurus gambar anda kerana sistem pengurusan gambarnya sangat ringan (tak memberatkan PC) dan mudah difahami. Cuma interfacenya agak sukar jika masih baru mengenali software ini.


Antara kelebihan software ini yang saya selalu gunakan dan suka adalah :
1) Convert dari file RAW ke JPEG dengan mudah dan sangat berkualiti.
2) Fungsi D-Lighting yang berkesan walaupun saya jarang menggunakannya.
3) Fungsi membetulkan gambar yang senget dengan menggunakan slider (sangat mudah).
4) Dapat melihat semua Exif data dari kamera Nikon.
5) Dapat mengubah Picture Control kepada gambar RAW dan fungsi membuat Custom Picture Control.
6) Fungsi basic yang bagus untuk RAW iaitu membetulkan WB, shadow recovery, highlight recovery n exposure. Sangat best.
7) Fungsi batch resize gambar yang sangat mudah.
8) Interface yang lawa..

Dan banyak lagi la kelebihan yang saya malas nak senaraikan. Agak berbaloi la.. Walapun fungsi agak limit tp dah mencukupi sebenarnya.


Dari segi kekurangan pula adalah :
1) Agak lembap nak save setelah kita adjust gambar tu.
2) Kadang - kadang hang bila menggunakan komputer dengan requirement rendah.

Mungkin 2 tu je la kelemahan yang saya tak suka pasal View NX2 .. yang lain dah ok.. nama pun free... so saya rekemen anda download dan gunakan software tu.. Best2 :)

Harap semua dapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography (TR0100122-P)
www.zahir-photography.com
www.zahir-turion.blogspot.com

zahir_turion@yahoo.com.my

0 ulasan: