#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Jumaat, 20 Ogos 2010

Nikkor AF 50mm f/1.8D - Pandangan Saya

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Sempena bulan Ramadhan ini setelah habis semua tugasan gambar wedding boleh lah saya kongsikan sedikit beberapa pandangan dan pengalaman saya. Sebelum ini memang ternyata agak sibuk dengan tugasan sehingga banyak komen tak berbalas. Terlebih dahulu ingin saya terangkan bahawa post saya ini bukan membincangkan mengenai spesifikasi lens ni dan tidak bertujuan untuk menyangkal mana – mana pihak dan fakta. Jika anda kurang bersetuju sila tinggalkan post ini dengan segera. Post ini saya kongsikan pendapat dan pandangan saya mengenai lens ni hasil pengalaman menggunakannya dan juga hasil dari eksperimen yang saya lakukan untuk mengetahui limit lens ni.

Yang pertamanya ini adalah lens siri AFD. Bermakna lens ini tiada moto di dalam lens untuk autofokus. Jadi lens ini tak boleh autofokus dengan Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000. Kalau menggunakannya dengan kamera – kamera yang dinyatakan di atas anda terpaksa menggunakan manual fokus. Dan diingatkan bahawa manual fokus lens yang mempunyai aperture besar sangat mencabar terutama pada f/1.8 .. Kesilapan memfokus sebanyak 1cm akan membuatkan gambar menjadi sangat blur bergantung kepada jarak subjek dari lens. Apabila digunakan dengan model kamera Nikon selain dari yang dinyatakan lens ini dapat diautofokuskan.

Berkaitan dengan harganya pula, lens ini adalah lens paling murah Nikon dengan harga sekitar RM380 – RM430 bergantung kepada kedai yang menjualnya. Walaupun harganya murah namun kualiti gambar adalah superb!! Jika anda mempunyai DSLR Nikon selain dari Nikon D40, D40x, D60, D3000 dan D5000, sangatlah beruntung jika anda membelinya. Lens ini ringan, mudah dan selesa digunakan.

Dari segi sharpness, lens ini sangat sharp jika dibandingkan dengan harganya dan mampu menyaingi beberapa lens yang lebih mahal darinya. Cuma untuk mendapatkan sharpness yang optimum anda haruslah tahu menggunakan lens ini sepenuhnya. Contohnya walaupun lens ini mempunyai aperture maksimum f/1.8 tetapi jika saya nak kualiti dan bokeh yang optimum saya akan stopkan lens ni ke f/2.2 hingga f/4. Jika bokeh tidak diperlukan saya akan stop sehingga f/8 kerana pada f/8 inilah lens ni pada sharpness maksimum. Jika melebihi f/8 faktor pembiasan akan mengurangkan sharpness lens ni. Saya Cuma gunakan f/1.8 untuk ambil gambar portrait dengan mood (ala – ala glow) semasa ambil gambar wedding clients saya.

Dari segi kelajuan fokus dan ketepatan fokus bergantung kepada kamera yang digunakan. Hasil penelitian saya mendapati kelajuan fokus adalah sama pada semua kamera yang menyokong fungsi autofokus dengan lens ini. Cuma yang membezakannya adalah ketepatan fokus terutama dalam keadaan low light. Dalam keadaan ini ketepatan fokus sangat bergantung kepada sensor autofokus kamera. Jadi kamera seperti D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x mempunyai kelebihan berbanding model D90, D80 dan D70. Risiko hunting (lens tak boleh fokus) adalah lebih rendah dengan model D300, D300s, D700, D3, D3s dan D3x. Namun sebenarnya tidak menjadi masalah kerana kebanyakan dari kita kurang mengambil gambar dalam keadaan gelap.

Lens 50mm ini akan mempunyai focal length berkesan 50mm apabila menggunakannya pada kamera Full Frame (FX) dan 75mm pada kamera DX. Pada kamera full frame lens ini sangat sesuai hampir untuk semua perkara. Pada kamera DX iaitu dengan focal length berkesan 75mm ianya sesuai untuk portrait dan perlbagai perkara lain jika anda mahir menggunakannya. Pendek kata lens ini boleh digunakan untuk lebih 80% keperluan fotografi anda.

Jadi berbaloi ke untuk beli lens ni? Bagi saya ianya berbaloi!! Sebab lens ni murah. Performance pun superb terutama dari segi sharpness dan kontras. Jadi jika gambar tak menjadi bukan salah kamera dan lens.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan lens ini :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Harap semua dapat faedah.


With Regards,
Mohd Zahiruddin Zolkifeli
Zahir Turion Photography

6 ulasan:

kidul berkata...

salam, ada tips untuk dapatkan gamba awan yg cantik tu x?

Zahir Turion Photography berkata...

waalaikumussalam.. alamak.. awan yang cantik? erk.. haha rasenye kene tunggu cuaca elok la :) then edit skit supaya warna langit tu berbeza skit dari awan.. so nampak timbul skit :)

naz. berkata...

salam. lens ni sesuai tak kalau kita nak shoot sports dan indoor activities?? gambar2 ni mmg superbbb a :D

Zahir Turion Photography berkata...

waalaikumussalam.. lens ni kurang sesuai utk tracking subjek dekat yang bergerak sgt laju sebab autofokusnya tak selaju motor AFS yang mahal.. tp ok je sbenarnya.. tp kalau guna dgn kamera seperti D5000, D3000, D60, D40x dan D40 memang tak sesuai la sebab kene manual fokus n impossible nak dapat fokus perfect hehe.. thanks ye :)

Tanpa Nama berkata...

No dilemma - they аlso accеpt dish washing, oсean еntrаncе hοuses, and desk dancing (in accorԁancе tο the menu, whіch iѕ wholе of witty tidbitѕ.
Scorchіng аir balloon гiԁes around thе goгge are alѕo exceptionаlly ԁesirable.
The blood of all those whо аre living a exiѕtence оf eat,
drinκ and be merrу is simрlе and their rеspiratory is excеedіngly еxtгemelу fast.


Ηаve a look at mу ωeblog - pizza stone care and use

Tanpa Nama berkata...

I used to be suggested this website by way of my cousin. I'm now not certain whether or not this publish is written by him as no one else recognize such distinctive about my trouble. You are wonderful! Thanks!

Also visit my homepage; Zum 16. Einen "kindergeburtstag" ? (16. geburtstag