#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Sabtu, 18 September 2010

Selepas Seharian Shoot Wedding

Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan lagi gambar. Tapi gambar wedding saya tak upload lagi sebab masih dalam proses editting. Saya akan upload setelah habis proses editting. Berkenaan dengan tugasan wedding sebenarnya badan agak tension dan keletihan setelah sehari suntuk ambil gambar dalam keadaan yang sangat ekstreme. Mana taknya, rumah client yang saya pergi tak ada sistem pengudaraan yang baik, tak ada siling, dinding berwarna warni. Tentunya ini amat suka untuk saya dan kamera utk bekerja sebab white balance memang sangat kurang tepat. Jadi setelah habiskan kesemuanya barulah saya ada masa untuk rehatkan badan. Dalam perjalanan balik ke rumah kawan saya yang jugak seorang photographer telefon ajak shoot di kawasan yang baru dibuka di Kg. Cina di Kuala Terengganu. So pergi sana sempat shoot a few pics je sebab hujan lebat menimpa selepas tu. Apepun best sebab dapat jumpe 2 3 orang kawan model yang dah lama tak jumpa. Sekian.. Malas naik taip panjang2 hehe :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Jumaat, 17 September 2010

Hidup MISTI ceria!!! :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Nothing.. cuma nak share dgn anda semua yang saya sgt suka gambar ni.. Dah order print 12 x 15 inci.. Tak sabar nak tgk gambar besar this kid :) .. Hidup MISTI ceria!!! :) (Macam si kecik ni) hehe :)

Selasa, 14 September 2010

Tips : Cara Shoot Baby 1

Assalamualaikum semua.. setelah sekian lama tak update blog akhirnya baru saya ada sedikit kesempatan untuk update blog ni. Emm.. apapun terlebih dahulu saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri :) . Pada hari raya baru2 ni saya sempat ambik gambar saudara baru saya iaitu baby.. hehe.. seperti yang semua tahu saya memang suka ambik gambar baby sebab dia sangat cute :) ni adalah gambar baby tu :

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tips!!! :)
- Untuk angle yang dramatik saya sarankan shoot baby dari angle atas seperti dalam gambar di atas kerana pada angle ini background adalah kaki, baju, seluar, dan lantai jadi tidak perlu nak peningkan kepala nak elakkan background yang terlalu crowded seperti persekitaran rumah. Dan pada angle ini jugak tiada foreground kerana objek yang paling hampir dengan lens adalah subjek. Jadi gambar lebih simple dan maksud gambar dapat disampaikan dengan mudah.

- saya cadangkan anda gunakan aperture sebesar mungkin supaya hanya elemen utama subjek sharp supaya mesej gambar dapat disampaikan dengan lebih jelas. Yup!! subjek adalah baby tapi main subjek yang menentukan portrait adalah mata.. Jadi pastikan mata tu sharp dan elemen lain slowly out of focus tanpa terlalu banyak blur sehingga tak ada ciri - ciri asas seperti kaki dan tangan. Tapi apa salahnya kan? So ikut suka anda la.. saya rekemen guna f/2.2 sbg aperture maksimum lens 50mm f/1.8 sbb pada aperture tu sharpness gambar tak terlalu teruk dan background blur masih superb :) .. tapi untuk lebih mood anda boleh try f/1.8 :)

- kalau anda perasan saya guna picture control Neutral dan boost saturation ke +1.. tujuan saya guna Neutral adalah utk elakkan kontras terlalu tinggi dan bagi mood lembut iaitu objek berwarna cerah tak terlalu saturate dengan cahaya persekitrannya. Maksud saya kulit bayi yang cerah tu tak terlalu pekat warnanya. Dan saya boostkan saturation tu kepada +1 supaya warna bajunya menjadi lebih pekat dan kelihatan hidup tanpa merosakkan warna kulit baby tersebut :) .. Try la mana anda suka.. Yang penting enjoy..

- saya sarankan anda menggunakan focus mode AF-C untuk ambik gambar baby dan bukannya AF-A dan AF-S. Sebabnya adalah AF-S hanya fokus sekali iaitu apabila kita half press shutter release button tu kamera akan fokus the apabila dapat fokus sharp kamera akan hentikan autofokus setakat tu sahaja dan apabila baby bergerak dan berubah jarak dari kamera memang kamera tak akan ubah balik fokus. Berkenaan AF-A secara praktikalnya bagi saya ia kurang responsive. Kadang - kadang kamera langsung tak autofokus balik apabila subjek mula bergerak. So saya rekemen guna AF-C sebab kamera akan berterusan fokus apabila subjek bergerak. Dalam perkara ini subjek adalah baby yang sangat aktif jadi kenapa pertaruhkan gambar anda dgn mode fokus yang kurang sesuai? :)

- berapa shutter speed yang sesuai? di sini tiada peraturannya cuma basic adalah gunakan shutter speed yang lebih tinggi untuk elakkan risiko gambar blur akibat sebarang pergerakan. Perlu diingatkan di sini bahawa baby adalah sangat aktif dan bergerak agak cepat. Jadi saya cadangkan gunakan shutter speed 1/100 ke atas dan mungkin sehingga 1/500 bergantung kepada keadaan. Sebab satu lagi faktor yang cenderung untuk membuat gambar blur adalah pergerakan kita (shaking). Sebab pada jarak yang dekat sebegini sebarang pergerakan akan sangat ketara. Jadi pandai - pandai la guna.. :)

- Aperture, shutter speed dan ISO? 3 perkara ni adalah combination untuk dapatkan gambar yang perfect. Basic di sini adalah saya rekemen guna aperture besar untuk dapatkan gambar yang ada background blur, shutter speed yang tinggi untuk kurangkan risiko gambar blur. Mula2 anda set dahulu aperture yang anda nak, kemudian setkan shutter speed then jika gambar terlalu cerah anda boleh kurangkan ISO atau tinggikan lagi shutter speed. Jika gambar gelap anda naikkan ISO, jgn turunkan shutter speed sebab nanti gambar akan berisiko untuk blur :)

Semoga semua mendapat faedah :)

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,
MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Khamis, 9 September 2010

Makluman Peningkatan Harga, Kualiti Dan Servis Dari Zahir Turion Photography

Assalamualaikum semua.. Berikut adalah sepintas lalu tarikh - tarikh yang telah diisi sepanjang tahun ini. Masih terdapat beberapa kekosongan pada tarikh - tarikh pada akhir tahun ini. Jadi kepada bakal clients yang masih mencari - cari jurugambar pada majlis perkahwinan mereka seeloknya mencari jurugambar mulai sekarang kerana dalam masa yang singkat semua tarikh untuk ditempah akan penuh. Maklumlah pada bulan puasa ramai tidak ramai yang berusaha untuk mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan mereka yang akan berlangsung. Tetapi selepas sahaja habis bulan Ramadhan sememangnya bakal clients berpusu - pusu mencari jurugambar untuk mereka. Dan memandangkan pada akhir tahun adalah musim cuti sekolah maka lebih peluang untuk mencari jurugambar yang masih available adalah tipis. Jadi apa lagi? Tempahlah sekarang..

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan untuk makluman semua Zahir Turion Photography akan menggunakan kadar harga baru bermula tahun hadapan iaitu 2011 selaras dengan peningkatan servis dan kualiti yang dilakukan. Semua gear yang digunakan untuk merakam hari majlis clients adalah berkualiti tinggi. Ini bagi memastikan agar client mendapat yang terbaik dari Zahir Turion Photography.

Berikut adalah sampel - sampel video slide show client - client saya dalam format HD untuk tatapan umum. Enjoy~~ :)





















Dan paling penting adalah Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Kita Semua!!! Maaf Zahir Dan Batin :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Booked Date


2010

Februari
1) 12 Februari 2010 : Akad Nikah di Cheras (Mohd Saufi & Masri)
2) 13 Februari 2010 : Persandingan di Cheras (Mohd Saufi & Masri)
3) 27 Februari 2010 : Akad Nikah di Masjid Kristal (Amir)

Mac
1) 5 Mac 2010 : Persandingan di Seberang Takir (Amir & Ida)
2) 6 Mac 2010 : Sambut Menantu di Seberang Takir (Amir & Ida)
3) 13 Mac 2010 : Persandingan (Cover Abg Joe)
4) 13 Mac 2010 : Persandingan (Cover Impian Bridal)
5) 16 Mac 2010 : Akad Nikah & Persandingan di Manir (Cover Abg Joe)
6) 19 Mac 2010 : Persandingan (Cover Abg Joe)
7) 20 Mac 2010 : Pertunangan di Besut (Hani)
8) 26 Mac 2010 : Persandingan (Cover Abg Joe)


April
1) 5 April 2010 : Sesi portraiture sempena konvo di TTI (Abby)
2) 10 April 2010 : Wedding (Cover Impian Bridal)
3) 23 April 2010 : Outdoor Photoshoot (Hazira)
4) 30 April 2010 : Outdoor Photoshoot (Saiful & Mira)


Mei
1) 1 Mei 2010 : Wedding (Khairul & Rohana)
2) 2 Mei 2010 : Outdoor Photoshoot 2 (Saiful & Mira)
3) 7 Mei 2010 : Cover Program Juara Rakyat Di Felda Bukit Bading
4) 8 Mei 2010 : Cover Program Juara Rakyat Di Felda Bukit Bading
5) 14 Mei 2010 : Outdoor Photoshoot (Hazira)
6) 21 Mei 2010 : Akad Nikah Di Kg. Pulau Manis (Mijie)
7) 28 Mei 2010 : Persandingan dan Outdoor Photoshoot
8) 29 Mei 2010 : Persandingan dan Outdoor Photoshoot

Jun
1) 3 Jun 2010 : Akad Nikah Di Tok Randok (Hafiz)
2) 5 Jun 2010 : Pre - Reservation Untuk Abg Joe (Photographer)
3) 6 Jun 2010 - Siang : Wedding di Kuala Terengganu (Nizam)
4) 6 Jun 2010 - Malam : Wedding di Manir (Fadilah & Darahim)
5) 11 Jun 2010 : Pagi : Akad Nikah Di Manir (Nurul)
6) 11 Jun 2010 : Petang : Pre - Reservation Untuk Abg Joe (Photographer)
7) 12 Jun 2010 : Akad Nikah & Persandingan di Pulau Duyung (Syukri & Khairuni)
8) 12 Jun 2010 : Persandingan di Telemong (Nurul)
9) 14 Jun 2010 : Sambut Menantu & Outdoor Portraiture di Batu Buruk (Nor)
10) 20 Jun 2010 : Sesi Outdoor di Kuala Ibai (Rie & Emy)

Julai
1) 5 Julai 2010 : Seminar Industri Berasaskan Kayu Di Primula Hotel (MIDA)
2) 10 Julai 2010 : Pertunangan di Jerteh (Nazrien)
3) 24 Julai 2010 : Majlis konvokesyen Silat Cekak Hanafi, tidak terbuka untuk tempahan.
4) 24 Julai 2010 : Majlis makan malam tahunan Silat Cekak Hanafi, tidak terbuka untuk tempahan.
5) 31 Julai 2010 : Wajadiri Silat Cekak Hanafi di UIA Gombak, tidak terbuka untuk tempahan.

Ogos
1) 25 Ogos 2010 : Post Wedding Photoshoot di Kuala Terengganu (Grergz & Maria - Pasangan dari German & Poland)

September
1) 10 September 2010 (Malam) : Portrait Keluarga di Bukit Besar (Safuan).
2) 12 September 2010 : Akad Nikah & Persandingan di Batu Rakit.
3) 12 September 2010 : Akad Nikah di Kepong
4) 15 September 2010 : Akad Nikah di Dungun (Mohd Rizal & Iklima).
5) 16 September 2010 : Persandingan di Dungun (Mohd Rizal & Iklima).
6) 17 September 2010 : Akad Nikah & Persandingan di Manir.


"Quality, Commitment, Professionalism"


Untuk sampel gambar sila rujuk di bahagian sisi kiri blog dan pilih dari senarai Clients.

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my
013-6249013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum semua.. Esok raya!!! Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin... Mohon maaf dipinta andai ada tersalah silap dan terkasar bahasa. Malas nak taip panjang - panjang... Jom beraya esok.. Malam ni sayu hati mendengar takbir raya... Selamat Hari Raya semua!!! :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


psss : tugasan saya bermula seawal sebelah malam hari raya pertama (Family Group Photo di rumah clients) . So kene pandai gunakan masa la supaya saya pun dapat beraya.. hoho

Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Selasa, 7 September 2010

Outing & Majli Berbuka Puasa Bersama Kawan - Kawan Photographer (7 September 2010)

Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan gambar outing pada petang tadi bersama beberapa orang rakan photographer. Tak larat nak taip banyak - banyak. Enjoy the pics :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Isnin, 6 September 2010

Bermain Dengan Cahaya

Assalamualaikum semua. Setelah sekian lama tak update blog ini, hari ini saya uploadkan sedikit gambar yang telah diambil beberapa bulan lepas. Gambar ini berkaitan dengan arah cahaya yang berlainan dan menggunakan speedlight sebagai main light atau fill light. Kesan penggunaan cahaya dari sudut berlainan dan penggunaan lebih dari satu sumber cahaya sangat menarik, kerana ianya berbeza dari gambar biasa. Dan selepas gambar diambil saya edit semua gambar yang diambil untuk menaikkan warna, membetulkan kontras dan beberapa perkara lain lagi untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dari gambar asal yang boleh dikatakan agak flat.

Apapun enjoy the pics :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Khamis, 2 September 2010

Outing "Kerja Gila 2" Dengan Beberapa Orang Kawan Photographer - 1 September 2010

Assalamualaikum semua. Kali ini saya uploadkan gambar outing semalam iaitu lanjutan dari Outing Kerja gila yang pertama. Saya gunakan Outing Kerja Gila kerana outing dilakukan pada tengahari bulan puasa dalam keadaan persekitaran yang mencabar.

Outing semalam dilakukan di atas Bukit Besar dengan tujuan untuk mengambil gambar panorama dan makro. Namun cuaca tidak mengizinkan dan kami tersangat - sangat letih dan dahaga. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk balik awal.

Antara yang join adalah Min Muhamad dan Aq Mangge. Enjoy the pics yang sempat diambil :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Hidup MISTI ceria!!! :)

With Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com

Rabu, 1 September 2010

Servis Terbaru Di Zahir Turion Photography : Membekalkan Kamera Dengan Harga Berpatutan

Free Image  Hosting at www.ImageShack.us

Free  Image Hosting at www.ImageShack.us



Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin mengumumkan dengan rasminya bahawa Zahir Turion Photography telah menaiktaraf perkhidmatan yang disediakan dengan menawarkan perkhidmatan membekalkan atau menjual kamera dengan harga berpatutan.

Jadi kepada anda yang berminat untuk membeli kamera dengan harga yang berpatutan anda boleh menghubungi saya. Untuk pembeli di kawasan luar dari Kuala Terengganu seeloknya hubungi saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Dan paling penting adalah saya membekalkan kamera ORIGINAL dan bukannya AP set. Warranty dari Nikon Malaysia dan Canon Malaysia.

Jadi apa yang ditunggu lagi :) Beli2!!! Hoho!!!!

Hidup MISTI ceria!!! :)


Best Regards,

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography
www.zahir-photography.blogspot.com
www.zahir-turion.blogspot.com
zahir_turion@yahoo.com.my
013-6249013

Selasa, 31 Ogos 2010

Outing "Kerja Gila" Dengan Beberapa Orang Kawan Photographer - 31 Ogos 2010

Assalamualaikum semua. Kali ini saya updatekan berkenaan outing yang berlangsung pada petang tadi. Sememangnya sudah diketahui ramai bahawa hari - hari berpuasa di Kuala Terengganu agak panas cuacanya. Namun kamu tidak cepat luntur dengan cuaca panas dan buat keputusan untuk buat outing shoot gambar apa - apa sahaja.

Ahli - ahli outing kali ini adalah saya, Fazrien, Min dan juga Syed Adie. Selepas berjalan seketika perasaan malas dan letih mula melanda terutama dahaga apebila melihat air tasik. Fuh!! Rasa nak mandi je masa tu. Then lepas berhenti di satu tempat dan shoot ala kadar terus masing - masing buat keputusan untuk pulang. Mana taknya, semua dahaga dan letih.

Kesimpulannya jangan ngada - ngada nak buat outing gi shoot gambar tengahari buta di bulan puasa.. Haha.. Ibarat spongebob dijemur di tengah panas.. Nanti kering hehe.. Apapun enjoy the pics yang sempat diambil tadi.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Hidup MISTI ceria!!! :)




With Regards,


MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI

Zahir Turion Photography

www.zahir-photography.blogspot.com

www.zahir-turion.blogspot.com

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Gambar Istimewa Sempena Kemerdekaan Malaysia dari Zahir Turion Photography

Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53 kepada semua viewers blog dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Sedar tak sedar sudah 53 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah sejak 31 Ogos 1957 dahulu.

Bukan mudah untuk kita mendapatkan hak kita semula setelah dijajah sebegitu lama dan seksa di bawah penjajah - penjajah yang kejam. Pahlawan - pahlawan kita pada zaman itu sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa luar. Jadi kita sebagai penyambung generasi hendaklah menjaga keamanan di negara tercinta kita.

Seeloknya hendaklah kita saling bertolak ansur sesama kita, perkara kecil tidak perlu diperbesarkan sehingga boleh menggugat keaamanan di Malaysia. Seperti anda semua tahu kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan sekutu - sekutunya yang kesemuanya di bawah pakatan Elit Yahudi Zionis sedang berusaha keras untuk memulakan campur tangan hampir kesemua negara di Asia. Dahulunya mereka menggunakan konsep Divide & Rule di negara - negara yang telah berpecah belah contohnya di Korea Utara dan Korea Selatan. Mereka menggunakan pelbagai strategi untuk masuk campur di dalam urusan pentadbiran sesebuah negara supaya mereka dapat mengawal negara tersebut. Jadi hendaklah kita semua mengekalkan keamanan di negara kita supaya ianya tidak menjadi penyebab untuk golongan - golongan HINA tersebut untuk campur tangan di negara kita.

Akhir kata, marilah kita sama - sama menghargai nilai kemerdekaan negara kita supaya kita lebih sayangkan negara bangsa kita. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang keburukan. Amiin...


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53!!!!!

Ahad, 29 Ogos 2010

Gambar - Gambar Close-Up dan Macro Nature

Assalamualaikum semua. Seperti semua tahu, selain dari wedding photography saya juga gemar mengambil gambar close-up, makro dan juga landscape. Mungkin ianya tidak menarik bagi sesetengah orang namun bagi saya ianya sangat menyeronokkan.

Bercakap mengenai gambar makro dan close-up saya sangat gemar mengambil gambar bunga. Bukan sebab saya hati bunga ke apa ke. Cuma bila kita tengok gambar berunsurkan alam sekitar dengan warna - warna semulajadi memang mata dan fikiran kita akan tenang dan rileks.

Memang saya akui tidak mudah untuk mengambil gambar makro kerana pada jarak yang sangat dekat segalanya sangat jelas dan ketara termasuk kesan pergerakan sama ada yang disebabkan oleh angin mahupun kesilapan kita semasa shoot. Namun hasilnya berbaloi :)

Apapun enjoy the pics :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Hidup MISTI ceria :)



With Regards,


MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI
Zahir Turion Photography

www.zahir-photography.blogspot.com

www.zahir-turion.blogspot.com

Sabtu, 28 Ogos 2010

Outing & Majlis Berbuka Puasa Bersama Kawan - Kawan Photographer

Assalamualaikum semua. Seperti biasa, kali ini saya updatekan lagi blog saya dengan kerapa supaya anda semua tidak tertunggu - tunggu dengan post baru saya. Semalam telah diadakan outing yang dianjurkan oleh kumpulan group facebook Amazing Malaysia dan juga melibatkan Photosantai dan juga ramai lagi yang baru juga berjinak - jinak dengan dunia fotografi ini.

Outing diadakan pada 27 Ogos 2010 iaitu semalam dan bermula pada pukul 4pm. Jadual asalnya untuk ambil gambar landscape pada awal petang namun cuaca yang terlalu panas membuatkan masing - masing terpaksa lepak - lepak di bawah pokok. Lokasi berkumpul mula - mula adalah di Pantai Pandak di Chendering. Kemudian lokasi bertukar ke kawasan Masjid Terapung kerana di situ masing - masing dapat membeli juadah di bazar - bazar yang berdekatan untuk berbuka puasa.

Pihak penganjur telah mengupah seorang nelayan untuk melakukan demonstrasi menebar jala supaya ahli - ahli yang hadir dapat mengambil gambar aksi jala sedang ditebarkan. Dengan kehadiran lebih kurang 40 - 50 orang semestinya suasana menjadi agak meriah lebih - lebih lagi apabila mendengar bunyi shutter kamera semasa jala sedang ditebarkan.

Pada outing semalam juga saya dapat berkenalan dengan lebih ramai photographer yang sebelum ini tidak saya kenali. Dan semestinya ini peluang untuk saya berkenalan dan mengikat ukhwah sesama photographer. Jadi kepada anda semua jika ada outing yang sedemikian ini diharapkan anda dapat serta kerana ianya sangat menarik :) ..

Apapun enjoy the pics yang sempat saya ambil smalam... :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us




Selamat berkarya dan selamat berpuasa :)

Hidup MISTI ceria!!!! :)