Outing diadakan pada 27 Ogos 2010 iaitu semalam dan bermula pada pukul 4pm. Jadual asalnya untuk ambil gambar landscape pada awal petang namun cuaca yang terlalu panas membuatkan masing - masing terpaksa lepak - lepak di bawah pokok. Lokasi berkumpul mula - mula adalah di Pantai Pandak di Chendering. Kemudian lokasi bertukar ke kawasan Masjid Terapung kerana di situ masing - masing dapat membeli juadah di bazar - bazar yang berdekatan untuk berbuka puasa.
Pihak penganjur telah mengupah seorang nelayan untuk melakukan demonstrasi menebar jala supaya ahli - ahli yang hadir dapat mengambil gambar aksi jala sedang ditebarkan. Dengan kehadiran lebih kurang 40 - 50 orang semestinya suasana menjadi agak meriah lebih - lebih lagi apabila mendengar bunyi shutter kamera semasa jala sedang ditebarkan.
Pada outing semalam juga saya dapat berkenalan dengan lebih ramai photographer yang sebelum ini tidak saya kenali. Dan semestinya ini peluang untuk saya berkenalan dan mengikat ukhwah sesama photographer. Jadi kepada anda semua jika ada outing yang sedemikian ini diharapkan anda dapat serta kerana ianya sangat menarik :) ..
Apapun enjoy the pics yang sempat saya ambil smalam... :)

Selamat berkarya dan selamat berpuasa :)
Hidup MISTI ceria!!!! :)
0 ulasan:
Catat Ulasan