#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Isnin, 30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Gambar Istimewa Sempena Kemerdekaan Malaysia dari Zahir Turion Photography

Assalamualaikum semua. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke - 53 kepada semua viewers blog dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Sedar tak sedar sudah 53 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah sejak 31 Ogos 1957 dahulu.

Bukan mudah untuk kita mendapatkan hak kita semula setelah dijajah sebegitu lama dan seksa di bawah penjajah - penjajah yang kejam. Pahlawan - pahlawan kita pada zaman itu sanggup bergadai nyawa untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman kuasa luar. Jadi kita sebagai penyambung generasi hendaklah menjaga keamanan di negara tercinta kita.

Seeloknya hendaklah kita saling bertolak ansur sesama kita, perkara kecil tidak perlu diperbesarkan sehingga boleh menggugat keaamanan di Malaysia. Seperti anda semua tahu kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan sekutu - sekutunya yang kesemuanya di bawah pakatan Elit Yahudi Zionis sedang berusaha keras untuk memulakan campur tangan hampir kesemua negara di Asia. Dahulunya mereka menggunakan konsep Divide & Rule di negara - negara yang telah berpecah belah contohnya di Korea Utara dan Korea Selatan. Mereka menggunakan pelbagai strategi untuk masuk campur di dalam urusan pentadbiran sesebuah negara supaya mereka dapat mengawal negara tersebut. Jadi hendaklah kita semua mengekalkan keamanan di negara kita supaya ianya tidak menjadi penyebab untuk golongan - golongan HINA tersebut untuk campur tangan di negara kita.

Akhir kata, marilah kita sama - sama menghargai nilai kemerdekaan negara kita supaya kita lebih sayangkan negara bangsa kita. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari sebarang keburukan. Amiin...


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53!!!!!

0 ulasan: