#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Khamis, 26 Ogos 2010

Saya Ingin Melangkah Lebih Jauh :)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Maria, Greg & Me (Best moment ever!!!) :)

Assalamualaikum semua. Semalam saya telah memaksa badan saya ke had maksimum. Mana taknya. Semalam saya telah menjalankan sesi photoshoot di sekitar Kuala Terengganu untuk clients yang juga rakan baru saya iaitu Greg & Maria. Mereka datang ke Malaysia untuk berbulan madu (baru kawin 1 bulan). Saya kenal mereka melalui kawan ayah saya yang berkerja di Poland beberapa tahun lepas. Selain dari sesi photoshoot saya juga bawak mereka berjalan2 ke tempat menarik sekitar Kuala Terengganu.

Ternyata cuaca di Kuala Terengganu semalam agak panas dan saya memang sangat2 letih dan lemah tetapi dengan fikiran disetkan untuk beri layanan terbaik kepada meraka dan untuk dapatkan gambar - gambar terbaik jadi saya teruskan dengan mood CERIA :) . Dan seperti yang dijangka, pasangan ini agak dahaga, sepanjang seharian shoot dan jalan2 setiap mereka minum sekurang - kurangnya 6 botol air. Disebabkan saya berpuasa jadi mereka memahami saya dengan tidak minum di hadapan saya (walaupun saya boleh tengok melalui cermin belakang di dalam kereta) .

Dan sepanjang sesi photoshoot mereka sangat enjoy dan happy :) .. That makes me happy too~~ :) Gambar mereka masih lagi dalam peringkat editting dan akan emailkan kepada mereka sebaik sahaja siap semuanya. Namun saya hanya publishkan gambar yang bertapis sahaja di post lain apabila telah siap nanti kerana sangat banyak gambar yang kurang sesuai untuk tontonan umum :) ..

Dan dengan pengalaman kali pertama melakukan sesi photoshoot ini maka terbukalah satu lagi peluang untuk saya melangkah lebih jauh lagi dalam bidang wedding photography ini. Pedulikan segala halangan. Jadikah halangan itu sebagai ujian untuk kita menjadi seorang yang lebih kuat dari sebelumnya :) .. Smangat2!! :) Sekian dari saya :)

Hidup MISTI ceria :)

0 ulasan: