#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Rabu, 18 Ogos 2010

Jangan Sesekali Berputus Asa!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Ingat!! Jangan sesekali berputus asa :)

Assalamualaikum semua. Seperti yang kita semua tahu bukan mudah untuk berada pada kedudukan yang kita ada sekarang. Setiap saat pasti ada masalah. Jika kita berjaya menghadapinya kita akan ke level yang lebih advance, tetapi jika kita tidak berjaya kita akan terus jatuh dan bermula sekali lagi. Berkongsi mengenai kisah saya, sebelum saya menceburkan diri dalam bidang Wedding Photography ini saya bekerja dengan ayah saya, sekarang pun masih menolong ayah saya secara tak langsung.

Semasa bermula dalam bidang ini saya terpaksa menjual pelbagai barangan saya termasuk handphone, handycam dan bermacam - macam lagi untuk membeli DSLR pertama yang paling murah. Tunggu punya tunggu selepas 3 bulan menunggu barulah saya mendapat clients pertama saya. Then selepas tu alhamdulillah makin berkembang.

Semestinya dalam kehidupan kita sebagai manusia ada segelintir golongan yang cemburu yang tidak boleh melihat orang lain maju. Sebelum blog ini dilancarkan secara rasminya saya telah membuat satu blog Zahir Turion Photography untuk berkongsi pandangan dan tips2 saya dalam dunia fotografi khususnya cara untuk menggunakan DSLR sebab saya tau ramai newbie baru yang dahagakan ilmu untuk menguasai DSLR. Namun setelah blama berkongsi akhirnya muncul golongan yang mencemburi saya dan tidak ingin saya berkongsi tips - tips menguasai DSLR. Blog saya sering diserang bertubi - tubi sehingga mereka memutar belit fakta dan menyebarkannya di merata - rata tempat termasuk forum supaya semua orang membenci saya. Usaha mereka boleh dikatakan hampir berjaya namun tidak berjaya akhirnya sebab semakin mereka menyebarkan fitnah semakin ramai yang ingin tahu dan semakin ramai yang mengetahui kebenaran sebenar. Itulah yang saya hairankan kenapa masih ada orang Melayu sendiri yang nak tikam orang Melayu lain. Sedangkan saya langsung tak menyusahkan mereka. Apapun sekarang saya dah stabil dan kalis sepenuhnya terhadap mereka semua. Kerana sumber rezeki saya datang dari clients yang percaya dan suka dengan hasil kerja saya. Jadi saya tak perlu pedulikan semua itu lagi.

Akhir kata saya ingin berpesan supaya kita jangan sesekali mengalah dengan cabaran yang dihadapi, jika kita berputus asa kita akan rugi, orang lain tak boleh menolong kita kerana kita sendiri yang dapat mengubah nasib kita. Jadi never give up ok :) Hidup MISTI ceria :)


With regards,
(MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI)
Zahir Turion Photography

0 ulasan: