#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Khamis, 19 Ogos 2010

Nikon D90? D5000? D3000? Mana Satu Nak Beli??

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Assalamualaikum semua. Sekarang seperti yang kita semua sedia maklum bahawa harga DSLR semakin rendah dan setiap orang mampu memiliki DSLR. Dengan macam - macam tujuan, tetapi saya taknak sentuh berkenaan peluang dalam bidang fotografi perkahwinan kerana ianya amat sukar dengan pelbagai persaingan. Di sini saya nak berikan pendapat saya kepada sesiapa yang ingin membeli DSLR. Dan di sini saya hanya membandingkan DSLR dari brand Nikon sahaja dan saya taknak jawab sebarang komen atau pertanyaan yang membandingkan Nikon dengan mana - mana pengeluar.

Faktor paling penting yang perlu dipertimbangkan di sini adalah bajet, jika bajet anda tak cukup jangan nak beli kamera yang lebih dari bajet. Mula - mula bajet then lepas tu baru faktor lain.

Terlebih dahulu saya senaraikan beberapa kamera yang hampir semua orang mampu memilikinya. Iaitu Nikon D3000, Nikon D5000 dan Nikon D90.

Nikon D3000 + AFS 18-55mm VR (harga lebih kurang RM1850)
- 10.2 megapiksel.
- ni model paling murah Nikon. Hampir semua orang mampu memilikinya.
- kualiti gambar tidak setara dengan Nikon D5000 dan Nikon D90.
- noise agak tinggi apabila menggunakan ISO tinggi, tidak seperti Nikon D5000 dan D90.
- tiada motor pada body kamera untuk autofokus lens siri AF dan AFD yang tiada motor di dalam lens. Jadi lens yang boleh autofokus dengan Nikon D3000 adalah dari siri AFS. Jika anda menggunakan lens siri AF atau AFD pada kamera ini anda terpaksa manual fokus.
- tiada fungsi rekod video.
- tiada Auto FP (flash tidak boleh digunakan dengan shutter speed melebihi 1/200 saat)


Nikon D5000 + AFS 18-55mm VR (harga lebih kurang RM2550)
- 12.3 megapiksel.
- ada fungsi merekod video HD.
- kualiti gambar setara dengan Nikon D90 dan Nikon D300 kerana ianya mempunyai sensor yang sama.
- mempunyai LCD yang boleh berpusing (sesuai untuk ambil gambar dari angle yang pelik).
- tiada motor pada body kamera untuk autofokus lens siri AF dan AFD yang tiada motor di dalam lens. Jadi lens yang boleh autofokus dengan Nikon D3000 adalah dari siri AFS. Jika anda menggunakan lens siri AF atau AFD pada kamera ini anda terpaksa manual fokus.
- tiada Auto FP (flash tidak boleh digunakan dengan shutter speed melebihi 1/200 saat)


Nikon D90 + AFS 18-105mm VR (harga lebih kurang RM3500)
- 12.3 megapiksel.
- ada fungsi merekod video HD.
- kualiti gambar setara dengan Nikon D5000 dan Nikon D300 kerana ianya mempunyai sensor yang sama.
- mempunyai motor autofokus di body untuk autofokus lens yang tiada moto di dalam iaitu lens siri AF dan AFD. Bermakna Nikon D90 boleh autofokus kesemua lens siri AF, AFD dan AFS.
- mempunyai fungsi Auto FP (flash boleh digunakan dengan shutter speed sehingga 1/4000 saat)
- dari segi ergonomik D90 lebih bagus dari D5000 dan D3000 kerana dari segi setting D90 lebih mudah dan direct berbanding D5000 dan D3000 yang memerlukan kita memasuki menu untuk mengubah tetapan yang sering digunakan.


Jadi.. Model manakah paling saya cadangkan untuk membelinya?
- semestinya Nikon D90 kerana semua ciri yang ada mencukupi untuk jangka masa panjang.
- jika bajet menjadi penghalang saya cadangkan D5000 kerana kualiti gambar setara dengan Nikon D90, cuma kekurangan beberapa fungsi yang boleh digunakan untuk jangkamasa panjang. Namun masih berbaloi membeli D5000 jika tak mampu beli D90.
- berkenaan D3000 saya sangat tak cadangkan kerana ianya terlalu basic dan kualiti gambarnya tidak setara dengan kamera versi baru dan boleh dikatakan agak ketinggalan. Zahir Turion highly recommends Nikon D90 or D5000!!


Beberapa kisah yang saya nak kongsikan mengenai D3000 :
- Dulu saya pernah membuat post pasal memilih kamera ni dan saya tak cadangakan D3000 namun ada segelintir yang tak berpuas hati kononnya saya burukkan nama D3000. Namun bukan tujuan saya sebegitu, saya cuma ingin anda dapat yang terbaik. Dan beberapa orang kawan dan viewer blog yang beli D3000 menyatakan penyesalannya setelah membeli D3000. Ada yang beli tak sampai 2 minggu terus jual kemudian membeli D90 terus. Ada yang masih mencari - cari siapa yang sanggup membeli D3000 mereka supaya mereka dapat beli kamera lain. Begitulah kisah di sebalik D3000. Berkenaan D5000 dan D90 saya tak dapat sebarang feedback negatif.


So mana satu nak beli????

Zahir Turion Recommends Nikon D90 (Kalau ada bajet).
Zahir Turion Recommends Nikon D5000 (Kalau tak ada bajet).



*** semua ini adalah pandangan saya berdasarkan pengalaman dan penyelidikan saya sendiri dan tidak bertujuan untuk memburukkan mana - mana pihak dan produk. Jika ada yang kurang berpuas hati dengan pandangan saya ini diminta segera meninggalkan post ini. Post ini hanya ditujukan kepada beginner - beginner yang sedang mecari DSLR untuk dibeli. Semoga semua mendapat faedah****

1 ulasan:

Fazizi berkata...

saya sokong..pkai d3000 jap je boring n dh jual pon..ngah pk2 nk beli canon 1000d xpon d80..tp ble pk bdget n tmbh2 nk rye ni mngkin terpkse kpd canon gak walopon mnat nikon lg he3..pk99999x